Selamatkah makan mee segera? Bagaimana nak makan dengan selamat

Selamatkah makan mee segera? Bagaimana nak makan dengan selamat

Awas penggemar mee segera! Ini kerana mereka yang terlalu kerap makan makanan kegemaran ramai itu terdedah kepada pelbagai penyakit.

Menurut pakar makanan, pengambilan berterusan dan kaedah penyediaan mi segera tidak mengikut panduan kesihatan boleh memudaratkan kesihatan pemakan kerana ada produk mi segera mengandungi ‘wax’ atau lilin.



Mereka menjelaskan ada sebahagian wax dibenarkan penggunaannya, terutama daripada hasil organik, manakala sebahagian lagi daripada bahan terlarang yang menjejaskan kesihatan.

Bagaimanapun, risiko wax terhadap kesihatan manusia daripada sumber dibenarkan berbeza dengan sumber terlarang.

Mengikut pengamal perubatan dan makanan, sama ada mee segera mengandungi wax atau tidak, memakan mee segera tidak boleh dijadikan sebagai tabiat.

Ini kerana penyediaan makanan popular dan murah itu biasanya perlu melalui proses pengeringan pada suhu yang sangat tinggi. Penyediaan seperti itu (pengeringan pada suhu tinggi) dibuat bagi membolehkan produk itu tahan lebih lama.



Penyediaan seumpama itu bukan sahaja memudaratkan kesihatan, malah menyumbang kepada pelbagai penyakit jika pengambilan berlebihan atau terlalu kerap.

Dua atau tiga kali seminggu pun tak elok… ia tak sihat. Sekali sekala mungkin boleh, tapi sebaiknya dielakkan, kata seorang pakar kesihatan. Ini kerana mee segera tidak tersenarai dalam penyediaan program makanan sihat MyPlate.

Mengikut Laporan Persatuan Mi Segera Dunia (WINA) berpangkalan di Jepun, pada 2013 permintaan mencecah 105.6 bilion paket, meningkat berbanding tahun 2012, iaitu 101.4 bilion paket.

Menurut laporan itu, Malaysia menduduki tangga ke-13 daripada segi permintaan dan penjualan mi segera, iaitu 1.35 bilion paket.



Seorang lagi pakar pemakanan berkata, ramai pengguna tidak mengetahui cara pengambilan yang betul mee segera bagi mengelakkan kandungan wax dan garam berlebihan.

“Ada wax dibenarkan dalam makanan, namun penyediaannya perlulah seimbang,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, wax dibenarkan dikenali sebagai ‘food wax’ atau lilin makanan tidak menyebabkan keracunan atau mengandungi toksid kerana bahan diperoleh daripada sumber organik seperti tumbuhan.

Malah, menurutnya, kebanyakan syarikat besar kini banyak menggunakan bahan makanan asas iaitu kanji dan gandum, berbanding wax dalam penyediaan mi segera.



Bagaimanapun, katanya, bagi perniagaan kecil-kecilan, ia perlu diteliti atau pengguna perlu ada sifat was-was kerana sebahagiannya melabelkan bahan diragui, termasuk dalam pembuatan bihun.

Di Jepun dan Korea Selatan, penggunaan wax yang diperoleh daripada sumber organik seperti tumbuhan dan kelapa banyak digunakan dalam penyediaan makanan sushi.

Justeru, bagi memastikan kandungan wax ini dapat dipisahkan daripada mi segera, ada panduan kesihatan yang boleh diikuti bagi memastikan kehadirannya diketahui, iaitu menerusi kaedah merendamkan mi segera ke dalam air panas beberapa minit, sebelum dikeluarkan untuk dihidang atau dimasak. (LIHAT VIDEO KAEDAH PENGASINGAN WAX)

Bahan kimia antara perisa mee segera



Mee segera bukan saja diperbuat daripada kanji dan gandum sebagai bahan utama, malah mengandungi ramuan tambahan seperti natrium, sodium serta kalium.

Mengikut pakar pemakanan, pengambilan bahan berkenaan secara berlebihan atau kerap akan mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Lebih buruk lagi, apabila ia disajikan dengan pelbagai perasa yang mengandungi ramuan seperti natrium kaseinat (sumber dari protein susu), minyak, asid amino, asid benzoik serta monosodium glutamate (MSG).

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati pengambilan berlebihan natrium dan sodium dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.



Ujian dijalankan CAP ke atas 10 sampel mi segera pada 2010 turut mendapati tiga sampel mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram (mg) atau purata natrium pada semua sampel adalah 830 mg.

Pengambilan kerap mee segera juga boleh menyebabkan kemungkinan pengambilan kandungan sodium yang berlebihan.

Setiap hidangan asas mi segera bersama perasanya menurut CAP hanya mengandungi bahan karbohidrat, natrium dan MSG yang tinggi, tetapi rendah dari segi elemen seperti serat, vitamin dan mineral.

Menerusi Data Pemakanan dikeluarkan Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), satu bungkusan mi segera berat 1,540 miligram (mg) sudah mengandungi 77 peratus had pengambilan sodium sehari.

Ini menunjukkan ramuan mee segera serta perasa tambahannya sudah mengandungi kadar sodium yang tinggi.

Sementara Piramid Makanan Malaysia disediakan KKM, meletakkan makanan berasaskan mi segera sebagai bahan yang perlu dikawal agar tidak berlebihan, berbanding sayur serta buah-buahan.

Sehubungan itu, pakar pemakanan dan diatetik mencadangkan perlunya dipatuhi konsep penyediaan pemakanan seimbang setiap hari.

Sebagai contoh bagi penyediaan menu berasaskan mee segera, ia sebaiknya dicampur dengan bahan tambahan lain seperti sayur dan daging.

Jumlah mi segera yang digunakan janganlah terlalu banyak, sebaiknya cukup separuh saja (bagi satu bungkus) dan ditambah dengan makanan lain seperti sayuran.
e
Penyediaan makanan berasaskan mee segera yang seimbang juga boleh dijadikan garis panduan untuk diet. Adakalanya mi segera ini lebih baik daripada mee kuning atau bihun untuk diet, kerana ia hanya mengandungi bahan berasaskan kanji dan gandum, yang lebih selamat.

Kemudaratan terhadap kesihatan hanya akan berlaku jika kaedah pengambilan makanan yang betul tidak dipraktikkan.

Sementara itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 30 peratus daripada semua jenis kanser boleh dicegah melalui langkah mudah seperti mengamalkan diet yang sihat. BH

Selamatkah makan mee segera? Bagaimana nak makan dengan selamat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker