Nak wajah seiras Jimin BTS, pelakon Kanada mati akibat 12 pembedahan

Nak wajah seiras Jimin BTS, pelakon Kanada mati akibat 12 pembedahan

Gara-gara mahu memiliki wajah seiras anggota kumpulan K-Pop sensasi, Jimin BTS dalam drama lakonan, pelakon kelahiran Kanada sanggup melakukan 12 pembedahan plastik sehingga meragut nyawanya.

Saint Von Colluci, 22, meninggal dunia di sebuah hospital di Korea Selatan, pagi Ahad lalu akibat komplikasi pembedahan mengeluarkan implan dari rahang yang dilakukan beberapa bulan lalu.



Berita kematiannya disahkan oleh ejen publisiti, Eric Blake.

Mengikut laporan portal Daily Mail, pelakon muda itu membelanjakan $220,000 (RM979,110) bagi membolehkannya kelihatan seperti anggota K-Pop sensasi itu.

“Colluci menjalani pembedahan mengeluarkan implan dari rahangnya yang dilakukan pada November lalu.

“Colluci terpaksa diintubasi, namun meninggal dunia beberapa jam kemudian akibat jangkitan.



“Ia satu kejadian yang sangat tragis dan malang buat Colucci.

“Beliau tahu risiko pembedahan implan rahang, namun tetap ingin melakukannya.

“Colluci tidak yakin dengan penampilannya dan tidak menyukai bentuk rahang yang terlalu lebar dan mahukan bentuk ‘V’ yang dimiliki kebanyakan orang Asia,” kata Blake yang bekerja dengan Colucci sejak Mac tahun lalu.

Blake mendedahkan, Colucci menjalani 12 prosedur kosmetik sepanjang tahun lalu termasuk pembedahan rahang, implan, angkat muka, operasi hidung, angkat mata, angkat kening, pengurangan bibir dan beberapa pembedahan kecil lain.



“Walaupun memiliki ciri-ciri menarik termasuk berambut perang, bermata biru dan mempunyai ketinggian 6 kaki dan berat badan 182 paun, Colucci tidak berpuas hati dengan penampilannya.

“Beliau tidak yakin dengan wajahnya kerana sukar mendapatkan pekerjaan di Korea Selatan dan merasa didiskriminasi gara-gara berwajah kebaratan,” ujar Blake lagi.

Colucci berpindah ke Korea Selatan untuk mencipta nama dalam bidang muzik pada 2019.

Beliau juga menjadi pelatih untuk salah sebuah syarikat pengurusan hiburan terkemuka di Korea Selatan.



Kos rumah, pengangkutan dan sara hidup Colucci ditanggung firma berkenaan dengan menandatangani kontrak selama tujuh tahun.

Blake menjelaskan, Colucci bakal memulakan penggambaran drama Korea, Pretty Lies pada Jun depan dan penggambaran dijangka selesai pada penghujung tahun.

Colucci memainkan salah satu watak utama sebagai pelajar antarabangsa.

Walaupun tidak dapat mendedahkan terlalu banyak butiran, Blake berkata, rancangan lapan episod itu akan disiarkan di platform penstriman Amerika Syarikat (AS) pada Oktober depan.



“Colucci sangat teruja dan bekerja keras, malah berharap drama Pretty Lies menjadi ‘trending’, sekali gus dapat melonjakkan nama dan melancarkan kerjaya muziknya,” kata Blake. BH

Nak wajah seiras Jimin BTS, pelakon Kanada mati akibat 12 pembedahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker