Lebih 80 bakal jemaah umrah rugi RM600,000

Lebih 80 bakal jemaah umrah rugi RM600,000

KOTA BHARU: Hasrat lebih 80 individu untuk menunaikan ibadah umrah pada Disember tahun lalu tidak kesampaian, apabila ditipu sebuah agensi pelancongan.

Lebih menyedihkan, kesemua mereka mengalami kerugian lebih RM600,000 susulan bayaran penuh sudah dibuat sejak Oktober tahun lalu, namun sehingga kini wang bakal jemaah tidak dikembalikan.

Mangsa, Noraini Pauzi, 50, dari Machang, berkata dia sepatutnya menunaikan umrah bersama anaknya dan sudah membayar sebanyak RM15,200 memandangkan pakej setiap seorang adalah RM7,600.

“Kami sepatutnya berlepas pada 14 Disember tahun lalu namun seminggu sebelum berlepas, kami dimaklumkan oleh agensi berkenaan umrah kami ditangguhkan susulan ketika itu berlangsung Piala Dunia di Qatar.

“Kami kemudiannya dijanjikan akan berlepas pada Februari, namun sekali lagi gagal kerana memaklumkan terdapat masalah di Makkah, sebelum dijanjikan penerbangan seterusnya pada Mac.

“Namun, janji tinggal janji dan hasrat kami untuk menunaikan umrah tidak kesampaian. Apabila kami mendesak untuk mendapatkan semula wang kami, pelbagai alasan diberikan dan sehingga kini masih masih menununggu itu dikembalikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu, di sini, hari ini, yang turut disertai lebih 20 bakal jemaah yang lain.

Noraini berkata, dia begitu teruja untuk menunaikan umrah memandangkan kali pertama mahu menunaikan ibadat berkenaan, namun akhirnya hanya kecewa yang diperoleh.

“Justeru, kami berharap wang kami dikembalikan semula kerana kami bukan orang senang. Itu duit hasil kerja keras kami untuk menunaikan umrah.

“Saya juga bertanyakan agensi pelancongan lain, mereka tidak berdepan sebarang masalah pun membawa jemaah umrah, namun agensi pelancongan kami memberi pelbagai alasan,” katanya.

Mangsa, Hasliliwani Ab Ghani, 37, turut meluahkan rasa kecewa apabila hasrat dia bersama kakak serta abang untuk menunaikan ibadah umrah tidak kesampaian.

“Lebih menyedihkan duit yang kami gunakan adalah duit arwah ibu kerana sebelum ibu meninggal dunia, dia berhasrat untuk membawa kami adik beradik menunaikan umrah, namun tidak kesampaian.

“Justeru, kami menggunakan duit peninggalan arwah ibu untuk menunaikan umrah, namun tidak menyangka akhirnya kami ditipu agensi pelancongan.

“Sudah beberapa kali kami cuba berunding untuk mendapatkan semula duit, namun gagal dan berharap nasib kami terbela selepas membuat laporan polis,” katanya.

Azra Zahari, 43, yang turut tampil membuat laporan polis bagi pihak kedua ibu bapanya menggesa agensi pelancongan itu mengembalikan semula wang mereka.

“Ini kali pertama mak ayah saya mahu menunaikan umrah. Majlis doa selamat dan solat hajat juga sudah diadakan sebelum ini, namun sehingga kini mak ayah gagal menunaikan umrah.

“Disebabkan itu mak ayah saya jadi malu dengan penduduk kampung sehinggakan segan untuk pergi ke surau,” katanya. BH

Lebih 80 bakal jemaah umrah rugi RM600,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker