YB Tiktok, Gumuk bergabung tenaga promosi perpaduan
YB Tiktok, Gumuk bergabung tenaga promosi perpaduan
Pencipta kandungan TikTok, Zuhan Hamzah tekad memperbetulkan “kesilapan” ahli politik yang sering mempergunakan isu perkauman dan agama.
Beliau yang lebih dikenali sebagai “YB Tiktok” mahu mencabar pemikiran sempit itu dengan menyatukan rakyat Malaysia berbilang kaum.
“Isu perkauman di negara ini bermula khasnya daripada ahli politik kerana mereka sentiasa mahu menggambarkan diri sebagai juara komuniti masing-masing.
“Tetapi bagi saya, anda sepatutnya menjadi wira kepada semua rakyat Malaysia, bukannya untuk kaum sendiri saja. Jika ini berterusan, ketidakharmonian kaum akan wujud selama-lamanya,” kata lelaki berusia 36 tahun itu kepada FMT.
Keazamannya menyatukan rakyat Malaysia berbilang agama dan warna kulit membawa kepada video mempromosikan keharmonian kaum yang dihasilkan Zuhan dan rakannya, Sugumaran Chandran, 12, lebih dikenali sebagai “Gumuk”.
Di sinilah beliau membezakan dirinya daripada pencipta kandungan lain kerana rakannya – yang digelarnya “adik tiri” – berasal daripada kaum lain, berbeza dengan cara pencipta kandungan lain.
Zuhan yakin platform seperti TikTok boleh memberi impak besar dalam menyatukan rakyat Malaysia.
“Saya tahu kandungan saya menjangkau semua orang kerana saya sering melihat pendakwah semua agama berkongsi kandungan saya.”
Zuhan berkata, dirinya suka membantu orang dan beliau perlu bertindak seiring gelaran “YB yang bermaksud ‘untuk rakyat’.”
Zuhan berkata, beliau membelanjakan RM30,000 sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan ketika pandemik Covid-19 untuk membantu golongan memerlukan.
“Kini, saya membantu orang memerlukan dengan sebahagian wang diperolehi daripada beberapa video tajaan yang saya hasilkan di TikTok.”
Katanya, beliau gembira apabila rakyat mendekatinya untuk menyerahkan sumbangan kepada individu berlainan kaum.
“Saya mendapat panggilan daripada seorang ahli perniagaan India yang mahu menyumbang baju raya kepada sebuah rumah anak yatim berbangsa Melayu. Ini menunjukkan rakyat Malaysia bersatu.” FMT
YB Tiktok, Gumuk bergabung tenaga promosi perpaduan
Baca Artikel Menarik:
- Sol tak balik raya, kami reda – Yusof Haslam
- View Chin fitnah, tunggu tindakan saya – Ah Moi
- View Chin pukul Ah Moi
- 2 singa sarkas terlepas kandang ketika persembahan [VIDEO]
- SPRM buru Siti Liyana
- Rakan Mahathir tak malu jadi bankrap
- Adam Lee mengamuk di kedai karpet [VIDEO]
- Syamsul kaki pusing cerita – Puteri Sarah
- Ah Moi letak syarat, minta View Chin pecat orang ketiga
- Nafkah anak minta diskaun, berbini dua boleh pulak
- Anak sulung Puteri Sarah sambut hari jadi tanpa kelibat ayah
- Tak sesalkah mereka runtuhkan masjid?
- Puteri Sarah Dianggap Melampau Tak Tutup Aib Suami
- Waran tangkap jika Ustaz Wadi tidak hadir 2 Mei ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.