Puteri Sarah tak halang bertemu anak-anak – Syamsul

Puteri Sarah tak halang bertemu anak-anak – Syamsul

Biarpun berdepan kemelut rumah tangga, pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, memaklumkan hubungannya dan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Summayyah tetap baik.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata, masalah rumah tangganya bersama Puteri Sarah Liyana tidak menghalangnya bertemu anak-anak.



“Setakat ini, saya berjumpa anak-anak. Puteri Sarah memberi kerjasama baik biarpun memfailkan hadanah atau hak penjagaan.

“Apapun, insya-Allah Puteri Sarah tidak perlu risau. Biarpun bermasalah, saya dan Puteri Sarah bersikap profesional mengenai anak dan memberi kerjasama.

“Alhamdulillah, saya dapat berjumpa anak-anak,” katanya kepada BH Online.

Tambah Syamsul, dia juga sudah banyak kali berjumpa dengan Syaikhul dan Summayyah, namun tidak berkongsi dalam media sosial.



Mengulas sambutan Aidilfitri bersama anak-anak, Syamsul enggan mengulas lanjut.

“Mengenai menyambut Aidilfitri, tak perlu saya beritahu,” katanya.

Dalam masa sama, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan enggan memberi komen apabila disoal sama ada sudah berbuka puasa dengan ibu bapa, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

“Tiada komen. Saya tak nak komen. Bagi saya, hal berkaitan keluarga tidak perlu dikongsi.



“Begitu juga bila saya jumpa anak-anak, tak perlu setiap kali saya jumpa anak dikongsi dalam media sosial.

“Saya sudah banyak kali berjumpa anak-anak, tetapi saya tak kongsi. Begitu juga isu ini, mungkin akan melukakan hati isteri.

“Biarlah saya dan keluarga sahaja tahu,” katanya.

Syamsul ditemui Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, ketika hadir bagi sebutan tuntutan nusyuz difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38.



Mahkamah Rendah Syariah, di sini menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei depan berikutan Puteri Sarah tidak hadir atas tuntutan kerja di luar negara.

Syamsul memfailkan permohonan nusyuz pada 21 Mac lalu di mahkamah, di sini.

Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir. BH

Puteri Sarah tak halang bertemu anak-anak – Syamsul



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker