Nas Adila hidap kanser payudara

Nas Adila hidap kanser payudara

Penyanyi dan pelakon, Nas Adila, 37, mengesahkan dirinya kini menghidap kanser payudara.

Nas ketika dihubungi berkata, dia disahkan oleh doktor mengenai kanser itu pada 1 Mac lalu selepas menyedari, wujud ketulan sejak awal tahun lalu.



“Saya baru tahu pada 1 Mac lalu. Saya perasan ada ketulan pada awal tahun, tapi tak besar sangat. Bila semakin membesar, saya berjumpa doktor untuk lakukan pemeriksaan.

“Jadi, doktor sahkan ia adalah kanser payudara, tapi belum dapat dipastikan tahap berapa. Namun, doktor maklumkan ia tahap tiga dan ke atas. Harapnya tak sampai tahap empat,” katanya kepada Harian Metro.

Nas yang menjalani kehidupan sihat sebagai jurulatih zumba dan menjaga pemakanan juga menerima takdir itu dengan reda.

“Saya cuba untuk tidak makan makanan yang boleh menyebabkan kanser. Saya makan makanan sihat dan aktif menjaga kesihatan. Tapi, kalau Allah nak bagi, saya sebagai hamba-Nya terima dengan reda,” katanya.



Menurut isteri kepada penyanyi Alif AF6 itu, dia juga mewarisi keturunan yang memiliki genetik kanser, namun berkemungkinan besar ia juga berpunca daripada ubat yang diambil untuk menahan pengeluaran susu badan.

“Dalam keluarga, memang ada yang menghidap kanser iaitu nenek di sebelah ayah saya. Tapi, dah agak jauh juga.

“Waktu anak kedua dah tak menyusu badan, saya ada mengambil ubat untuk menahan pengeluaran susu sebab ada ketika saya perlu keluar bekerja, akan bengkak dan sakit. Jadi, saya makan ubat itu.

“Mungkin ia ada kesan sampingan jangka panjang yang saya tak tahu dan menjadi salah satu penyebab,” katanya.



Pada 21 Mac ini, Nas akan menjalani pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) untuk melihat dengan lebih terperinci mengenai tahap kanser serta sejauh mana ia sudah mereka.

“Kalau ikutkan tarikh untuk CT Scan di Hospital Selayang, agak lambat. Jadi, doktor di Hospital Kuala Lumpur agak risau, sekali gus meletakkan tarikh untuk pengimbasan itu pada 21 Mac ini.

“Jadi, menerusi CT Scan, barulah kita dapat tahu tahap berapa kanser itu dan sejauh mana ia sudah merebak,” katanya. HM

Nas Adila hidap kanser payudara



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker