Didakwa cuba bunuh inspektor polis ketika serbuan

Didakwa cuba bunuh inspektor polis ketika serbuan

Melaka: Pekerja kedai kereta sewa didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan cuba membunuh pegawai kanan polis, awal bulan ini.

Tertuduh, Mohamad Nazrul Jalal, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Dia didakwa melakukan cubaan membunuh terhadap Inspektor di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, dengan melanggar mangsa menggunakan kereta di Jalan Bendahara, di sini, 11.30 malam 4 Mac lalu.

Mohamad Nazrul dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh didakwa melakukan cubaan membunuh terhadap pegawai kanan polis ketika usaha tangkapan bagi kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Tindakan tertuduh menyebabkan mangsa mengalami banyak kecederaan dan pendakwaan bimbang jika jaminan dibenarkan dia akan melarikan diri dan tidak dapat dikesan,” katanya.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 April depan bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret 3, Mohamad Nazrul dan rakannya Mohd Nasrul Iman Nasir, 38, didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (a) ADB 1952 iaitu mengedar dadah methamphetamine dan heroin, berat kasar 51.43 gram (g) dan 30.69g serta memiliki kanabis 1.23g di dalam sebuah kereta berkenaan pada tarikh dan masa sama.

Tiada pengakuan direkodkan bagi tuduhan mengedar, namun kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki kanabis.

Majistret Nabilah Nizam menetapakan kes untuk sebutan pada 9 Mei depan bagi mendapatkan laporan kimia berat sebenar dadah.

Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar menjalankan pendakwaan manakala tertuduh, masing-masing diwakili Peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah dan K Shareveen. HM

Didakwa cuba bunuh inspektor polis ketika serbuan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker