Dapur hotel kotor diarah tutup

Dapur hotel kotor diarah tutup

MELAKA: Empat dapur hotel di negeri ini diarah tutup selepas tahap kebersihan premis dikesan tidak memuaskan.

Notis penutupan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka selepas pemeriksaan melalui Op Hotel menemui najis lipas, lalat serta tikus pada ruangan dapur premis terbabit.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, mengesahkan arahan penutupan itu keluarkan pihaknya hasil operasi dijalankan pada 29 dan 30 November lalu.

Mengulas lanjut, katanya, dalam operasi dua hari itu sejumlah 40 dapur hotel sekitar Bandar Hilir dan Ayer Keroh diperiksa, dengan empat daripadanya diarahkan tutup sementara.

“Arahan penutupan dibuat mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

“Selain itu, JKN turut mengeluarkan 14 kompaun dengan nilai keseluruhan RM10,400 di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 membabitkan kesalahan tiada suntikan, tiada kursus pengendali makanan, tidak memakai apron serta penutup kepala,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rusdi berkata, selain bahagian dapur pihaknya turut melakukan pemeriksaan kebersihan persekitaran dalam dan luar hotel, yang mana lapan hotel dikesan mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.

“Susulan itu sembilan kompaun kesalahan bernilai RM4,500 dikeluarkan ke atas pemilik premis.

“JKN akan terus meningkatkan pemantauan ke atas semua premis khususnya hotel di sekitar Melaka bagi memastikan pematuhan Akta Makanan serta yang berkaitan dipatuhi,” katanya. BH

Dapur hotel kotor diarah tutup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker