Harimau Malaya kini kedudukan 130 dunia

SKUAD Harimau Malaya mencatatkan peningkatan ranking mendadak ke-130 dunia selepas pencapaian cemerlang dalam aksi Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Menerusi kemas kini terbaharu dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis, skuad negara berjaya naik tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-137 dunia.

Peningkatan itu disumbangkan selepas kemenangan ke atas Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum menewaskan Taiwan 1-0 di Stadium Perbandaran Taipei.

Ia sekali gus menyaksikan Harimau Malaya memungut 26.15 mata untuk mengumpul 1,122.87 mata – pungutan mata terbaik dicatatkan tahun ini.

Bagaimanapun, sasaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini yang menyasarkan untuk skuad negara berada dalam kelompok 120 dunia menjelang hujung tahun ini tidak kesampaian.

Selepas ini, skuad negara akan menghadapi dua aksi persahabatan sebelum menghadapi ujian getir Di Piala Asia apabila diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.

Dalam pada itu, untuk negara Asia Tenggara, Vietnam terus kekal mendominasi rantau ini apabila berada di kedudukan ke-95 dunia walaupun jatuh satu anak tangga dari kedudukan sebelum ini.

Thailand pula pada kedudukan ke-113 dunia, jatuh satu anak tangga manakala Filipina pada kedudukan ke-140 dunia jatuh dua anak tangga.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker