Hamzah baru tahu minum tepi jalan lebih nikmat berbanding di kafe berhawa dingin

Tangkap layar memaparkan Hamzah singgah minum di sebuah gerai berhampiran plaza tol ketika dalam perjalanan ke DUN Kijal, Terengganu.

SHAH ALAM – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menzahirkan rasa syukur kerana dapat menikmati minuman yang dijual tepi jalan bersama rakan-rakan sejawatan.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 44 saat yang dimuat naik di laman sosial Facebook pada Khamis, memperlihatkan Hamzah bersama ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor dan Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal singgah di sebuah gerai berhampiran plaza tol.

“Minum di tepi jalan bersama kawan-kawan yang kekal istiqamah itu ternyata lebih nikmat berbanding di kafe berhawa dingin,” tulisnya.

Rakaman itu juga menunjukkan beliau sempat beramah mesra dan bergambar bersama orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

Dalam hantaran lain, Ahli Parlimen Larut itu memberitahu, beliau dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal di Kemaman, Terengganu.

“Saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) singgah minum teh dan berbual dengan orang-orang kampung peneroka Felda Sebarang Tayor.

“Sempat saya merasa kuih Akok panas-panas dan mi goreng. Memang sedap,” tulisnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker