Pegawai polis terima 36 jahitan diserang pencuri warga emas

Pegawai polis terima 36 jahitan diserang pencuri warga emas

Kulim: Pegawai polis cedera di dada kiri selepas terkena pisau pemotong kertas yang dihayunkan oleh seorang lelaki warga emas di hadapan sebuah rumah di Taman Selasih, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Ridzuan Salleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 10.40 pagi ketika pegawai dan anggotanya cuba menahan suspek di lokasi kejadian.



Beliau berkata, terdahulu kejadian itu berlaku selepas bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima panggilan daripada seorang pengadu memaklumkan berlaku kecurian di sebuah pasar raya di sini.

“Sepasukan polis yang diketuai pegawai polis berkenaan selaku Pegawai Risikan/Operasi Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kulim ke lokasi dan mendapati suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal.

“Pasukan polis ternampak suspek berhenti di hadapan sebuah rumah dan memperkenalkan diri sebagai polis.

“Bagaimanapun suspek berusia 82 tahun itu mengambil sesuatu di dalam raga motosikalnya dan terus menghayun ke arah pegawai polis berkenaan menyebabkan dia cedera di bahagian dada,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Mohd Ridzuan berkata, anggotanya yang cuba menahan suspek itu turut cedera di kaki akibat pergelutan.

Beliau berkata, pihaknya berjaya menahan suspek bersama sebilah pisau pemotong kertas dan merampas pelbagai barangan yang dicuri di pasar raya berkenaan.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati, suspek bebas dari pengaruh dadah.

“Pegawai polis parah di bahagian dada dan menerima 36 jahitan manakala anggota dari cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulim itu menerima lima jahitan akibat kecederaan di kaki kiri,” katanya.



Mohd Ridzuan berkata, kedua-dua mangsa berusia 30-an itu menerima rawatan dan ditahan di wad Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun atau Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam pasar raya.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman 10 tahun penjara dan denda.

“Orang ramai juga diminta untuk membantu polis dalam pencegahan jenayah dengan menyalurkan maklumat berkaitan bilik gerakan IPD Kulim di talian 04-4906222,” katanya. HM



Pegawai polis terima 36 jahitan diserang pencuri warga emas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir



Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri



Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker