Kesilapan fakta afidavit Zahid, Zafrul enggan dedahkan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tengku Zafrul Abdul Aziz enggan mendedahkan kesilapan fakta yang dimaksudkannya dalam afidavit yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi bagi menyokong semakan kehakiman Najib Razak.

Sebaliknya, Tengku Zafrul berkata pendiriannya adalah sama seperti mana kenyataan media yang telah dikeluarkan dua hari lalu.

“Seperti yang saya dah sebut dalam kenyataan akhbar dua hari lalu, saya tak ada komen lagi,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran tapak pembinaan Multi- Code Electronics Industries (M) Berhad di Serendah, hari ini.

Ditanya bila dia akan mengemukakan afidavit tambahan seperti dinyatakan dalam kenyataannya sebelum ini, Tengku Zafrul juga enggan mengulas lanjut.

Pada 17 April lalu, Tengku Zafrul mengakui melihat afidavit yang dikemukakan presiden parti itu bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran menjalani hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Bagaimanapun Tengku Zafrul menjelaskan ada beberapa “kesilapan fakta” yang terkandung pada dokumen berkenaan.

“Sehubungan itu, saya telah mengambil langkah untuk mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai dan akan membuat permohonan kepada mahkamah tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavit saya bagi memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit berkenaan,” katanya pada kenyataan.

Tengku Zafrul menegaskan tindakan tersebut bukanlan untuk mempersoalkan merit isu yang sedang berlangsung.

Ahmad Zahid memfailkan afidavit bagi menyokong semakan kehakiman yang dibuat Najib pada 9 April lalu.

Dalam afidavitnya Ahmad Zahid memaklumkan yang dia ada melihat titah adendum (tambahan) Yang di-Pertuan Agong seperti ditunjukkan Tengku Zafrul kepadanya.

Titah tambahan diraja itu dikatakan supaya Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan menjalani tahanan rumah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker