Buruh Warga Indonesia Maut Ditetak

Buruh Warga Indonesia Maut Ditetak

PEKAN: Pergaduhan antara dua rakan warga Indonesia berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut dipercayai ditetak di sebuah rumah kongsi pekerja di Ladang PKNP Agrotech, Ganchong di sini pada Isnin.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, mangsa berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Selamet meninggal dunia dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan, selain putus sebelah telinga kanan selepas diserang dengan menggunakan parang.



Menurut, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, suspek bernama Tony, 32, berjaya di tepi jalan di Kilometer 26 Jalan Pekan-Kuantan berhampiran Kampung Ubai, Kuantan bagi tujuan siasatan.

Katanya, tangkapan tersebut dibuat hasil siasatan awal dan keterangan abang kandung mangsa yang tinggal di sebuah rumah kongsi pada jarak 500 meter rumah kongsi dihuni mangsa.

“Mangsa dikatakan telah keluar rumah untuk ke tandas berhampiran sebelum didatangi suspek secara tiba-tiba dengan membawa sebilah parang dalam keadaan mengamuk.

“Suspek dipercayai terus bertindak menetak mangsa dan terkena pada beberapa bahagian badan termasuk di siku, bahu, leher, dahi, belakang kepala dan telinga sebelum bertindak melarikan diri selepas itu.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau menjelaskan, berdasarkan keterangan abang kandung mangsa yang merupakan saksi, suspek dilihat dalam keadaan mundar-mandir dan membawa sebilah parang.



Tambahnya, situasi itu dilihat ketika terserempak dengan suspek kira-kira jam 2 pagi pada hari kejadian.

“Saksi ada menegur ke mana hala tuju suspek dan adakah dia (suspek) ingin memancing ikan, namun Namun tiada jawapan daripada suspek. Selepas itu suspek dilihat balik ke rumah kongsinya menyangka hendak pergi memancing.

“Suspek yang mungkin tidak puas hati kembali semula sebelum mengambil peluang menyerang mangsa ketika lelaki itu berada di luar rumah,” ujarnya.

Mohd Zaidi berkata, hasil penahanan suspek oleh pihaknya berjaya merampas parang yang digunakan dalam kejadian itu.



“Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.-AA

Buruh Warga Indonesia Maut Ditetak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker