Lagi wanita nekad terjun Jambatan Pulau Pinang

Seorang wanita meninggalkan motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang sebelum jatuh ke dalam laut hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang wanita muda ditemui dalam keadaan selamat oleh nelayan selepas bertindak nekad terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang di kilometer 7.4 arah pulau dekat sini hari ini.

Mangsa berusia 27 tahun sebelum itu dikatakan telah meninggalkan motosikal jenis KTNS Rhino 125 berwarna hitam bersama topi keledar merah jambu di tepi tembok jambatan kira-kira pukul 2.40 petang.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian pengguna jambatan berkenaan yang ketika itu dalam perjalanan menghala ke arah Seberang Perai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan ancaman bunuh diri pada pukul 2.47 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.



“Wanita terbabit telah bertindak terjun dari jambatan berkenaan sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan pantai yang berada berhampiran lokasi kejadian dan kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis marin untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sabtu lalu, seorang wanita berusia 43 tahun berjaya diselamatkan seorang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak setelah cuba terjun dari kilometer 3.4 dari arah Perai ke bahagian pulau.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker