Che Ta ‘bahasakan’ lelaki beli beras belum tentu beli lauk

Selebriti terkenal Rozita Che Wan menasihati wanita di luar sana untuk lebih berani membuat keputusan apabila berhadapan dengan masalah keganasan rumah tangga.

Dramatis yang lebih dikenali sebagai Che Ta itu berharap wanita yang mempunyai nasib kurang baik dalam perkahwinan perlu bijak membuat keputusan untuk diri sendiri.

“Perempuan jangan jadi bodoh. Walaupun lelaki beli beras, belum tentu dia akan beli lauk yang lagi mahal.



“Sekali lelaki angkat tangan, perempuan harus angkat kaki tetapi bukan terajang.

“Keluar dari rumah, buat laporan polis dan pergi ke hospital kerana hukuman akan jatuh kepada lelaki,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharunya, di sini semalam.

Justeru ujar pelakon asal Kedah itu, dia meluahkan pandangan apabila tidak bersetuju jika wanita memaafkan dan memberikan peluang kepada lelaki yang sudah menyakiti mereka.

“Kalau dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi, tidak! Awak kahwin dengan orang sama dan dia tidak akan berubah.



“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” ujar selebriti yang berusia 50 tahun itu.

Dalam pada itu, Che Ta yang terkenal menerusi siri komedi Kiah Pekasam turut berkata, cara seseorang wanita memikat lelaki adalah dengan mementingkan aspek penjagaan rapi suami.

Baginya, kecantikan dan kebahagiaan pada masa kini tidak akan membuatkan sesebuah perkahwinan kekal.

“Hidup kita dan apa yang kita lakukan ‘there is no warranty’ (tiada jaminan). Jadi, perkahwinan, kebahagiaan dan kecantikan pada hari ini belum tentu akan kekal.



“Lelaki mungkin tertarik dengan kecantikan kita tetapi dia akan bertahan dengan kebaikan. Macam mana kita jaga makan minumnya, insya-Allah rasa sayang tidak akan pudar,” jelasnya.

Baru-baru ini, isu keganasan rumah tangga menjadi bualan hangat dalam media sosial lebih-lebih lagi soal pihak ketiga yang mengganggu perhubungan beberapa selebriti tanah air.

Antara rumah tangga selebriti Malaysia yang menjadi tumpuan hangat ketika ini ialah Hafidz Roshdi, Puteri Sarah Liyana dengan Syamsul Yusof dan Bellah Astillah bersama Aliff Aziz.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama



Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker