Keputusan Mahkamah bebaskan Najib tepat, bagaimana dengan gelaran ‘Datuk’ pada Nor Salwani?

 

PETALING JAYA – Ahlis Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan gelaran Datuk yang diterima Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus, Jabatan Audit Negara Nor Salwani Mohd.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi semalam melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy terhadap pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB)., tujuh tahun lalu.

Katanya, sebelum ini bekas Ketua Audit Negara, Tan Seri Ambrin Buang juga telah menafikan bahawa audit itu dipinda.

“Mahkamah semalam membebaskan Najib dan Arul Kanda sepenuhnya atas tuduhan meminda draf audit 1MDB. Kalau ia pun, apakah meminda draf tidak boleh seperti meminda draf ucapan bajet sebelum jadi draf terakhir.

“Ironinya, Nor Salwani dapat gelaran Datuk kerana jasanya simpan salinan asal laporan audit 1MDB tersebut dan disahkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul. Apakah Kes Najib dan Arul Kanda buang masa dan penganiayaan?” soal Puad dalam kenyataan hari ini

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, beliau juga berasa hairan apabila pihak pendakwaan memohon untuk meminda pertuduhan.

“Lagi pelik pihak pendakwa sendiri memohon pinda pertuduhan daripada meminda laporan terakhir kepada meminda draf. Memang kartun dan buang masa empat tahun,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker