Hafidz Roshdi aminkan doa bekas isteri

Hafidz Roshdi aminkan doa bekas isteri

Pernah teruk dikecam sakit mental, aktor Hafidz Roshdi sekali lagi menuai perhatian ramai apabila mengaminkan doa bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri berhubung nafkah dan rezeki anak-anaknya mereka.Menerusi komen tersebut, Hafidz atau nama penuhnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, turut berharap rezeki untuk dua anaknya tidak akan pernah putus sekaligus menjawab doa yang dititipkan Shuhada, 29.

“Insya-Allah rezeki dan nafkah anak-anak tidak akan pernah putus,” tulisnya yang mengundang persoalan ramai.



Sebelum itu, Shuhada dalam ruangan kapsyen fotonya berharap anak-anaknya akan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Semoga nafkah anak-anak tidak akan putus, amin,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyifatkan tindakan pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu adalah berani kerana meninggalkan komen dalam hantaran bekas isterinya.

“Kenapa dia macam tak ada perasaan? Okey tak?” komen netizen.



“Semoga Hafidz beri nafkah sebaik-baiknya untuk anak-anak,” kata netizen.

Difahamkan, ini bukan kali pertama Hafidz meninggalkan komen dalam hantaran bekas isterinya.

Sebelum ini dia pernah menegur mengenai pendakap gigi yang dipakai oleh Shuhada.

Kemelut rumah tangga Shuhada dengan Hafidz yang sebelum ini didakwa curang sampai ke kemuncak apabila aktor itu melafazkan cerai talak satu bersaksikan keluarga menerusi panggilan telefon.



Shuhada juga dilaporkan akan memfailkan pengesahan lafaz cerai pada 1 Mac ini yang jatuh pada hari lahirnya. K Online

Hafidz Roshdi aminkan doa bekas isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)



Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker