Ini sebabnya Ismail tidak bertanding pada pemilihan UMNO

Ini sebabnya Ismail tidak bertanding pada pemilihan UMNO

Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob menafikan dia merajuk hingga tidak menawarkan diri mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan Umno bulan depan.

Sebaliknya dia menegaskan keputusan itu dibuat kerana ingin menunjukkan bahawa pendiriannya berhubung proses pemilihan parti kali ini tidak mengikut perlembagaan Umno.



“Saya tak boleh bercakap lain buat lain, saya secara konsisten tak bersetuju dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan, saya tak setuju.

“Bagi saya perlembagaan parti menetapkan bahawa semua jawatan dalam Umno mesti dipertandingkan tiga tahun sekali di peringkat bahagian, itu ditetapkan perlembagaan, MT (Majlis Tertinggi) PAU (perhimpunan agung Umno) tak boleh buat keputusan yang bertentangan dengan perlembagaan (parti).

“Saya bukan protes, bukan merajuk tapi saya konsisten dengan pendirian saya, dulu kata tak setuju tiba-tiba dia bertanding pula,” katanya kepada media di Bera, Pahang hari ini.

Ahli parlimen Bera itu juga berpandangan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sepatutnya membuat keputusan berkaitan rayuan Umno sebelum tarikh tutup pencalonan Jumaat lalu.



Katanya, kelewatan ROS menyatakan pendirian mengenai perkara itu boleh menimbulkan masalah lain selepas ini.

“Setakat ini ROS belum buat apa-apa keputusan, kalau tiba-tiba mereka (ROS) kata rayuan ditolak, apa akan jadi dengan calon yang sudah menghantar borang untuk bertanding?

“Sebab itulah ROS boleh menggunakan kuasa mereka, ada peruntukan dalam ROS yang memberikan mereka kuasa untuk meneruskan atau tidak membenarkan pemilihan dijalankan,” katanya lagi.

Akan terus menegur parti



Ismail Sabri turut memberitahu dia akan terus menegur parti dari luar walaupun tidak berada dalam barisan pimpinan atasan.

Katanya, dia lebih bebas untuk menyatakan pandangan selepas ini kerana tidak lagi terikat dengan keputusan dibuat Majlis Tertinggi (MT) parti.

“Jika dulu, saya terpaksa akur dengan keputusan dibuat MT walaupun pada pandangan saya ia (keputusan) tidak sepatutnya diambil kerana saya naib presiden dan berada dalam MT.

“Apabila berada di luar (MT), saya rasa lebih bebas untuk menegur dan saya beri jaminan akan terus memantau, menegur parti walaupun saya berada di luar,” katanya.



Dia turut menafikan akan bersara daripada politik selepas tidak bertanding untuk jawatan naib presiden.

Katanya, laporan dibuat media sebelum ini kurang tepat dan sepatutnya mendapat maklum balas daripadanya terlebih dahulu.

“Semalam (media) buat kesilapan sebab dia dapat daripada sumber jadi biasanya sumber ini tak berapa betul, dia kena dapat pengesahan daripada saya sendiri.

“Saya dah sebutkan dah lama dah saya sebut, saya rasa sewaktu jamuan di Bera dulu, dah lama ni sebulan lebih dah, yang pertamanya saya belum buat keputusan untuk bertanding atau tidak (untuk jawatan naib presiden Umno).



“Tetapi yang pasti saya akan bertanding ketua bahagian Bera kerana saya masih ahli Parlimen Bera dan sewaktu tarikh tutup pencalonan yang saya difahamkan oleh setiausaha Umno bahagian Bera hanya satu saja (kertas pencalonan) dihantar melalui bahagian Bera iaitu saya, jadi kalau tak ada orang lain hantar (borang pencalonan) saya menang tanpa bertandinglah, jadi tidak ada sebablah saya nak bersara, saya tak pernah kata saya nak bersara, ” katanya. Mk

Ini sebabnya Ismail tidak bertanding pada pemilihan UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker