3 rumah dipecah masuk geng samun guna parang

3 rumah dipecah masuk geng samun guna parang

SEREMBAN: Tiga individu berdepan detik cemas apabila rumah mereka dipecah masuk empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang, dalam tiga kejadian berasingan di sekitar Rantau dan Mambau di sini pagi semalam.

Ketua Polis Seremban, Nanda Maarof, berkata polis menerima tiga laporan daripada mangsa, iaitu seorang wanita dan dua lelaki berusia dalam lingkungan 24 hingga 54 tahun pada 8 pagi hingga 8.38 pagi, berhubung insiden itu yang dipercayai dilakukan suspek sama.

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi, semua mangsa berada dalam rumah masing-masing dan keempat-empat suspek masuk ke dalam rumah dengan cara memanjat pagar serta masuk melalui pintu utama yang tidak berkunci.

“Mereka menggunakan parang untuk menakutkan mangsa, pada masa yang sama suspek menggeledah rumah mangsa dan mengambil barang-barang berharga sebelum melarikan diri melalui pintu utama,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata kumpulan berkenaan berjaya melarikan sebuah kereta jenis Toyota Vios, barang kemas dan wang tunai milik mangsa.

Susulan itu, Nanda berkata tiga kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, untuk menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Zafira Mohd Yusop di talian 013-2386281, selain menasihatkan awam supaya berhati-hati, sentiasa mengunci pintu rumah dan tidak mendedahkan diri kepada risiko jenayah. FMT

3 rumah dipecah masuk geng samun guna parang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker