Adam Shahz biawak hidup?

Adam Shahz biawak hidup?

Pelakon, Adam Shahz, 42, tidak terasa langsung dengan dakwaan ‘dah penat tanggung biawak hidup’ yang diluahkan bekas isteri, Fatin Afeefa yang juga pelakon di media sosial baru-baru ini ditujukan kepadanya.

Adam berkata, tiada sebab untuk dia ‘biawak hidup’ dimaksudkan itu adalah dirinya kerana dia sentiasa aktif bekerja sebagai pelakon, termasuk turut terbabit melakukan kerja-kerja sukarelawan.



“Saya ada dengar juga cerita pasal biawak hidup itu. Tapi, orang pun lebih kenal saya dengan watak Ayam dan kawan-kawan juga tahu mengenai diri sebenar saya. Jadi, tak ada kena-mengena dengan saya pun berkaitan biawak itu. Mungkin ‘biawak hidup lain’.

“Saya tak terkesan pun (dakwaan itu). Orang yang kenal saya memang tahu kehidupan saya sejak dari dulu. Saya bukan orang yang hanya duduk di rumah main telefon saja, sebab saya buat bermacam-macam kerja. Saya berlakon, saya buat kerja sukarelawan,” katanya dalam temubual bersama Melodi di TV3.

Adam atau nama sebenanya, Nor Shah Azli Abdol Ghani berkata, dia sentiasa akan buat yang terbaik dalam hidup.

Katanya, tiada sebab juga untuk dia melenting kerana tidak pernah terasa langsung dengan dakwaan-dakwaan yang dibuat.



Terdahulu, berlaku konflik antara Adam dan Fatin Afeefa berhubung hak penjagaan anak tunggal perempuan mereka, Ivy Herra Sophia, berikutan sudah lama Adam tidak dibenarkan berjumpa dengan cahaya matanya itu.

“Saya sudah empat bulan tidak bertemu dengan anak, Ivy Herra Sophia walaupun sekarang cuti sekolah. Saya masih tidak dapat jumpa anak dan tidak pasti apa sebab dihalang.

“Sebelum ini walaupun dapat jumpa selama tiga ke empat jam, tapi tetap boleh berjumpa. Saya memang tak tahu sebab apa, tapi rasanya mungkin pihak sebelah sana ada alasan- alasan tertentu,” katanya.

Pelakon drama Juvana di TV3 ini turut menyarankan pasangan yang gagal dalam perkahwinan menyelesaikan segala hal berkaitan mengikut undang-undang dan tidak membuat penyelesaian bersama di luar.



“Bagi pasangan di luar sana, kalau perkahwinan tak panjang, perkara terbaik adalah mesti di dalam mahkamah. Jangan kita buat perjanjian-perjanjian di luar sebab tidak mendatangkan hasil pun. Di kemudian hari, pasti menjadi isu.

“Apa yang saya buat ini pun, bukan nak cuba dapatkan kebenaran tapi untuk dapatkan hak. Pihak sebelah sana sebagai ibu, pihak saya sebagai ayah. Kedua-duanya ada hak ke atas anak itu. Kita janganlah sampai memisahkan silaturahim. Lebih-lebih lagi anak perempuan dengan bapanya,” katanya.

Adam dan Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga pada 2013, namun bercerai pada 2017.

Pada Januari lalu, mereka ke mahkamah bagi perbicaraan menuntut hak penjagaan anak yang kini masih belum selesai. HM



Adam Shahz biawak hidup?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat



Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker