Anwar mungkin dikenang sebagai bapa saman negara – Awang Hashim

Anwar mungkin dikenang sebagai bapa saman negara – Awang Hashim

Seorang ahli parlimen PAS yang sedang berdepan tindakan undang-undang daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyindir pengerusi PH itu.

Awang Hashim (Perikatan Nasional-Pendang) menyoal jika perdana menteri “tidak boleh terima kritikan, sangat halus jiwanya cepat goyah.”



“Saya risau nanti rakyat kenal (ahli parlimen) Tambun sebagai perdana menteri bapa saman negara.

“Amalkan budaya fear mongering, menakutkan orang yang menegur,” dakwanya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Awang berkata demikian semasa membahaskan Belanjawan 2023.

Anwar telah mengeluarkan dua surat tuntutan terhadap ahli parlimen itu atas dakwaan fitnah.



Surat tuntutan pertama, atas kenyataan Awang minggu lalu yang menggelar Anwar sebagai perdana menteri yang lebih pendendam berbanding musuh ketatnya Dr Mahathir Mohamad.

Ini selepas Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan didakwa atas tuduhan rasuah oleh SPRM.

Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim.
Surat tuntutan kedua adalah mengenai ahli parlimen PAS itu yang dilaporkan mempersoalkan kesahihan Anwar sebagai perdana menteri.

Dalam ucapannya hari ini, Awang berkata menjadi tugas pembangkang untuk bersuara terhadap perdana menteri – yang dakwanya dikelilingi oleh ‘kaki ampu’. Mk



Anwar mungkin dikenang sebagai bapa saman negara – Awang Hashim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat



Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker