Bekas tentera maut, kereta terbabas masuk gaung

Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM157 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Plaza Tol Cheneh, Kemaman pada Isnin.

KEMAMAN – Seorang bekas tentera maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 157 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Plaza Tol Cheneh, di sini pada Isnin.

Nahas dipercayai berlaku kira-kira jam 2.45 petang ketika mangsa, Wan Nawang Wan Abdullah, 63, dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Nissan Almera dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

Menurutnya, kenderaan tersebut turut terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit.



“Mangsa yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya di sini pada Isnin.

Hanyan berkata, mayat Wan Nawang yang berasal dari Kampung Undang, Bukit Payong, Marang dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat



Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker