Cuepacs akur, terima maklum balas PM dengan terbuka

 

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dan menerima maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan hati yang terbuka berhubung isu kenaikan gaji melibatkan golongan penjawat awam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, penjawat awam akan terus menyokong dasar kepimpinan kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

“Cuepacs terima maklum balas Perdana Menteri dengan hati terbuka dan menyambut baik pandangan Perdana Menteri yang semestinya penjawat awam dekat di hati beliau.

“Penjawat awam akan terus memberikan khidmat tanpa berbelah bahagi dalam menyokong dan melaksanakan dasar kerajaan khususnya teras dalam rukun Malaysia Madani demi kepentingan rakyat dan negara.

“Insya-ALLAH bersama kita memakmurkan negara dan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Cuepacs sebelum ini menzahirkan kekecewaan berhubung Belanjawan 2023 yang didakwa tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup dihadapi oleh penjawat awam ketika ini.

Bagaimanapun Anwar pada Isnin meminta penjawat awam bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara terlebih dahulu sebelum isu membabitkan mereka, meliputi kos sara hidup, dapat ditangani.

Menurut beliau, negara ketika ini berdepan hutang mencecah RM1.5 trilion dan defisit pada 5.6 peratus.

Jelasnya, kerajaan tidak boleh bersetuju dengan desakan Cuepacs, termasuk berhubung kenaikan gaji penjawat awam kerana ia akan meningkatkan defisit negara.

Dalam pada itu, ujar Adnan, Cuepacs menaruh keyakinan terhadap percaturan Perdana Menteri dalam usaha menjaga kebajikan golongan penjawat awam di negara ini.

“Cuepacs menyuarakan suara hati daripada majoriti penjawat awam. Apa jua keputusan kerajaan sudah tentu diterima baik oleh penjawat awam

“Cuepacs yakin Perdana Menteri mempunyai percaturannya tersendiri dalam menjaga kebajikan warga penjawat awam yang sentiasa dekat di hati beliau,” menurutnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker