Anwar puas hati prestasi Zahid, Jemaah Menteri
Anwar puas hati prestasi Zahid, Jemaah Menteri
Setelah dua bulan pembentukan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi rakan-rakan dalam kerajaan terutama timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi, yang juga presiden Umno.
Anwar berkata, walaupun mereka mempunyai sejarah pertelingkahan yang lama, wujud kesatuan pemikiran dan tekad bekerja sebagai satu pasukan untuk menyelamatkan negara dan mengangkat Malaysia Madani.
“Saya tengok pasukan kerja dan rakan-rakan saya, walaupun dengan pelbagai latar dan sejarah pertelingkahan serta pergaduhan itu besar, terutama TPM di sebelah kanan saya (Zahid), tetapi Alhamdulillah, tidak boleh dinafikan kesatuan pemikiran, kesatuan tekad itu wujud.
“Kita bekerja sebagai satu pasukan dan matlamat kita untuk menyelamatkan negara dan mengangkat Malaysia Madani,” katanya dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya, pagi ini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri II Fadillah Yusof dan barisan Jemaah Menteri.
Meskipun melihat terdapat anjakan dalam perkhidmatan sektor awam, Anwar masih kurang berpuas hati dengan prestasi pasukan penguatkuasaan yang pada pemerhatiannya, wujud “sedikit sebanyak kecuaian”.
“Saya tengok ada keinginan rakan-rakan baik pimpinan dan penjawat awam mengorak langkah dengan lebih pantas dan lebih bertanggungjawab,” katanya.
“Setiap sen yang kita belanjakan lebih bertanggungjawab tetapi pada peringkat penguatkuasaan, saya lihat ada sedikit sebanyak kecuaian … kalau kita tak tangani, rakyat resah.”
Kerajaan perpaduan pimpinan Anwar yang dibentuk pada 2 Dis tahun lepas dianggotai Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GPS). FMT
Anwar puas hati prestasi Zahid, Jemaah Menteri
Baca Artikel Menarik:
- Pulangan KWSP mungkin rendah
- ‘Sampai hati pukul bapa sampai mati’
- Yamani, Zaki juara Famili Duo musim kedua
- Tunjuk kemaluan, lelaki dicekup polis
- Polis minta bantuan orang ramai kesan patung Shrek
- Amir Raja Lawak mohon maaf pada pemilik nombor kenderaan
- Ustaz trauma 2 tahun diganggu wanita ‘psiko’
- Fizo Omar jawab Mawar
- Anwar terperanjat dihidang nasi Arab dalam dulang besar – Hassan
- Bersatu akan heret SPRM ke mahkamah – Faizal
- Dakwaan sokongan kepada Shahrizat hanya sekadar pecah belah Wanita UMNO
- Ismail Sabri ‘berbunyi’ lagi, pecat KJ adalah isyarat salah pada anak muda
- Lelaki transgender tunjuk zakar depan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi
Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan