Gempa Turkiye, Syria – 2,379 maut di Turkiye dan 1,444 di Syria, Erdogan isytihar berkabung

Gempa Turkiye, Syria – 2,379 maut di Turkiye dan 1,444 di Syria, Erdogan isytihar berkabung

Jumlah kematian di Turkiye susulan gempa bumi dahsyat yang mencatat kemusnahan besar meningkat kepada 2,379 setakat ini dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444.

Ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini kepada lebih 3,823 manakala ribuan lagi yang cedera dengan usaha pemulihan masih belum selesai.

Angka kematian juga dijangka akan meningkat dengan ketara.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan gempa bumi itu.

“Bendera kami akan dikibarkan separuh tiang sehingga matahari terbenam pada Ahad, 12 Februari 2023, di semua perwakilan negara kami dan negara asing,” kata Erdogan.

Gempa bumi 7.8 awal pagi semalam menggegarkan Kahramanmaras dan beberapa wilayah kejiranan termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

Negara di seluruh dunia bergerak pantas untuk menghantar bantuan dan pasukan penyelamat selepas gempa bumi kuat mengorbankan lebih 2,300 orang di Turkiye dan Syria.

Malaysia juga menghantar pasukan SMART bagi membantu kerja-kerja menyelamat SAR.

Sementara itu, negara-negara di seluruh Eropah, Asia, Timur Tengah, dan Amerika Utara berikrar menghantar bantuan dan sokongan.

Gempa Turkiye, Syria – 2,379 maut di Turkiye dan 1,444 di Syria, Erdogan isytihar berkabung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker