Saya guna DAP untuk jatuhkan Najib – Mahathir

Saya guna DAP untuk jatuhkan Najib – Mahathir

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa dia dan DAP hanya saling menggunakan satu sama lain pada 2018 untuk menjatuhkan pentadbiran Najib Razak.

Dalam episod terbaru Keluar Sekejap, Mahathir mengulas kritikan bahawa dia “tidak konsisten” dalam hubungannya terhadap parti-parti politik.



Mahathir mengatakan bahawa untuk mencapai matlamat, dia percaya kepada pendekatan “musuh kepada musuh anda adalah kawan anda”.

“Kita nak guna DAP umpamanya, nak dapat majoriti. Kalau saya tak guna DAP, kita tak akan dapat majoriti dan Najib Razak akan terus jadi perdana menteri,” katanya merujuk kepada kerjasamanya dengan PKR dan DAP sebelum ini untuk menyingkirkan pentadbiran BN di bawah teraju Najib.

Kata bekas ahli parlimen Langkawi itu, dia melihat Najib lebih utama untuk disingkirkan berbanding DAP.

Menurutnya, DAP juga ketika itu berhasrat menggunakan dirinya untuk menjatuhkan Najib.



“Saya sedar, DAP juga nak guna saya, kerana DAP juga mempunyai matlamat yang sama. Jadi kita guna itu,” katanya.

Mahathir menegaskan bahawa strategi adalah penting untuk mencapai matlamat.

“Sekarang ini, kita ada masalah, saya dapati bahawa tak ada pilhan lain, melainkan bekerjasama dengan PAS,” tambahnya.

Terdahulu, hos bersama Keluar Sekejap, Shahril Hamdan mempersoalkan pendapat bekas perdana menteri itu yang menyifatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak konsisten dalam pendiriannya, sejak dilantik sebagai perdana menteri.



Shahril menegaskan bahawa Mahathir pernah menjadi pengkritik tegar DAP, begitu juga dengan PAS, yang kini berkait rapat dengan mereka.

Bekas presiden Umno itu keluar parti sebelum menubuhkan Bersatu pada 2016. Bersatu bekerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah untuk menyingkirkan BN..

Mahathir kemudiannya meletakkan jawatan daripada Bersatu berikutan Langkah Sheraton pada 2020, dan seterusnya menubuhkan Pejuang.

Mahathir telah meninggalkan Pejuang selepas parti itu kalah dalam beberapa siri pilihan raya.



Mahathir kini menjadi penasihat tidak rasmi empat kerajaan negeri pimpinan PAS – Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis. Mk

Saya guna DAP untuk jatuhkan Najib – Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap



Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker