Kabinet putuskan Parlimen bubar, bukan PM – Tajuddin

Kabinet putuskan Parlimen bubar, bukan PM – Tajuddin

Ahli parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkata keputusan sama ada untuk membubarkan Parlimen terletak pada Kabinet.

“Hanya Kabinet boleh membubarkan Parlimen, bukannya perdana menteri,” katanya dalam satu majlis di sini hari ini.



“Jika Kabinet tidak dapat membuat keputusan – mungkin kerana menganggap baik untuk negara ini, baik untuk memfokuskan kebajikan rakyat – apa yang kita boleh buat? Itu keputusan Kabinet.”

Duta besar ke Indonesia itu mengulas dakwaan bahawa wujud puak dalam Umno yang mendesak pilihan raya awal diadakan, selain golongan yang menentangnya.

Tajuddin berkata, paling penting, keputusan parti yang perlu dipatuhi.

“Perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob) adalah orang parti, dan beliau telah mengatakan akan mematuhi apa diputuskan oleh parti,” katanya dengan menambah keputusan parti dan kerajaan mungkin bercanggah,



“Kadangkala wujud pertembungan antara peranannya sebagai ketua kerajaan dan pemimpin parti.

“Bagaimana beliau akan menanganinya? Jadi beliau perlu memikirkan apa yang terbaik.”

Pilihan raya umum (PRU15) mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik, pada 16 Julai tahun depan.

Hanya perdana menteri boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pembubaran Parlimen seterusnya membuka jalan untuk pilihan raya diadakan.



Ismail adalah antara tiga naib presiden Umno, selain juga calon perdana menteri parti bagi PRU15. FMT

Kabinet putuskan Parlimen bubar, bukan PM – Tajuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker