Tarian Separuh Bogel: Polis Akan Lakukan Beberapa Tangkapan Lagi – KP Selangor

Tarian Separuh Bogel: Polis Akan Lakukan Beberapa Tangkapan Lagi – KP Selangor

Polis akan melakukan beberapa lagi tangkapan berhubung insiden sekumpulan lelaki berperwatakan wanita menari separuh bogel dan membakar bunga api pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah unit di I-City di Shah Alam Jumaat lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya menahan individu terbabit termasuk penganjur yang merupakan seorang pesohor Instagram dikenali sebagai ‘Cik Lala.’



“Beliau dilepaskan dengan jaminan polis hari ini. Bagaimanapun, polis sedang mengumpul segala keterangan dan tangkapan berperingkat akan dilakukan kerana ada antara penari tersebut merupakan mereka yang datang dari luar kawasan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri IPD Serdang di sini malam tadi.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja semua siasatan dan rakaman percakapan saksi serta suspek selesai untuk tindakan selanjutnya.

Sabtu lepas, polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) I-Soho I-City mengenai aktiviti yang menjatuhkan imej I-City sebagai satu tarikan pelancong di Selangor.

Aktiviti diiringi muzik kuat itu dilakukan di kawasan awam berhampiran rumah penduduk dan Cik Lala adalah individu yang menyewa unit terbabit pada harga RM4,000 bagi menganjurkan majlis tersebut dengan menjemput kira-kira 50 orang.

Arjunaidi juga berkata kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Nur Syuhada di talian 017-6942 736.– BERNAMA

Tarian Separuh Bogel: Polis Akan Lakukan Beberapa Tangkapan Lagi – KP Selangor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker