Muhyiddin Guna Alasan Covid, Ismail Guna Alasan Kenaikan Harga Barang

Oleh Nurul Aisyah

KERUSI Perdana Menteri sangat sukar dilepaskan. Masihkah kita ingat bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengekalkan kuasa beliau?

Muhyiddin melaksanakan sekatan pergerakan (lockdown) ‘separuh masak’ antara terpanjang di dunia. Tindakan tersebut telah menghancurkan ekonomi negara. Dan yang paling tidak dapat rakyat terima, “lockdown” tersebut gagal memandangkan kadar jangkitan serta kematian COVID-19 berbanding saiz penduduk adalah tertinggi di ASEAN dan antara tertinggi di dunia ketika itu.

Kini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pula menolak kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 lebih awal dengan menggunakan alasan kenaikan harga barang makanan dan kos sara hidup.

Perlu kita ingat, negara yang dahulunya mundur semakin maju manakala negara kita yang dahulunya maju, selepas PRU14, jadi semakin mundur apabila Pakatan Harapan (PH) berkuasa selama 22 bulan. Kemudian kerajaan Muhyiddin pula berkuasa dan diikuti dengan kerajaan campuran yang sangat tidak stabil.

Sejak PH berkuasa sehingga bertukar-tukar kerajaan PN dan Campuran sehingga kini, ekonomi negara jadi sangat mundur. Para pelabur lari. Mereka tidak akan merisikokan duit mereka di negara yang kerajaannya tidak stabil.

Adakah dengan melambat-lambatkan PRU15 akan membantu negara mendapatkan lebih banyak pelaburan dari luar negara. Jawapannya sudah tentu tidak.

Selagi Parlimen tidak dibubarkan dan memberi laluan untuk diadakan PRU 15, para pelabur akan lari dari negara kita. Mereka hanya akan melabur semula sekiranya Barisan Nasional(BN) menang besar dalam PRU15 memandangkan hanya BN yang mampu menjadi kerajaan yang stabil di Malaysia.

Langkah selain dari itu hanya akan memburukkan lagi ekonomi negara. Akhirnya rakyat yang akan menderita.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker