52 lelaki ditahan teroka nadir bumi secara haram di Kedah
52 lelaki ditahan teroka nadir bumi secara haram di Kedah
SIK: Seramai 52 lelaki ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) selepas disyaki melakukan aktiviti penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram dalam Hutan Simpan Bukit Enggang, minggu lalu.
Dalam operasi itu JPNK turut menyita peralatan dan mesin yang digunakan untuk aktiviti terbabit.
Pengarah JPNK, Muhammad Abdullah, berkata tangkapan itu dilakukan pihaknya pada Rabu lalu, manakala peralatan dan mesin yang disita dikeluarkan secara berperingkat.
“Kita sekarang masih lagi melakukan siasatan lanjut, kita akan mendapatkan kelulusan Timbalan Pendakwa Raya untuk proses perundangan terhadap semua lelaki terbabit.
“Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai kes ini kerana tidak mahu mengganggu siasatan,” katanya ketika dihubungi BH di sini.
Sementara itu, seorang penduduk Kampung Chong yang enggan namanya disiarkan, berkata peralatan dan mesin yang disita dibawa keluar sejak Sabtu lalu, diiringi kenderaan penguat kuasa JPNK dan polis.
Katanya, sebahagian penduduk kampung berasa lega dan berpuas hati melihat kegiatan itu dapat dilumpuhkan selepas kali pertama dikesan pada Oktober lalu.
“Penduduk memang hairan melihat kenderaan serta bahan yang dipercayai untuk aktiviti ini dibawa masuk ke Bukit Enggang, ingatkan kerajaan negeri mahu mulakan aktiviti penerokaan REE, rupanya tidak, ia dilakukan secara haram oleh pihak lain.
“Setiap kenderaan yang keluar masuk di sini kami akan cam, jika nampak berlainan sikit kami boleh syak kenderaan ini untuk aktiviti selain daripada projek solar dan tanaman Musang King.
“Mereka yang terbabit aktiviti teroka REE ini tidak boleh berbahasa Melayu dipercayai bukan rakyat Malaysia. Kami sebagai penduduk rasa tak tenang apabila orang luar yang menceroboh tempat kita.
“Saya harap kerajaan lebih peka dengan kegiatan lombong REE secara haram ini, mungkin bukan saja di Bukit Enggang menjadi sasaran mereka. Kerajaan perlu bertindak pantas mengenai isu ini, jika tidak hasil kekayaan negara akan dikaut orang luar,” katanya.
Pada Oktober lalu, kerajaan negeri mengesahkan berlakunya kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, namun tidak membabitkan syarikat yang dibenarkan melakukan kajian di tapak berkenaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kegiatan itu sama sekali tidak membabitkan kerajaan negeri atau syarikat Prospek Suria Sdn Bhd yang diberi lesen eksplorasi mengkaji potensi mineral itu. BH
52 lelaki ditahan teroka nadir bumi secara haram di Kedah
Baca Artikel Menarik:
- Pulangan KWSP mungkin rendah
- ‘Sampai hati pukul bapa sampai mati’
- Yamani, Zaki juara Famili Duo musim kedua
- Tunjuk kemaluan, lelaki dicekup polis
- Polis minta bantuan orang ramai kesan patung Shrek
- Amir Raja Lawak mohon maaf pada pemilik nombor kenderaan
- Ustaz trauma 2 tahun diganggu wanita ‘psiko’
- Fizo Omar jawab Mawar
- Anwar terperanjat dihidang nasi Arab dalam dulang besar – Hassan
- Bersatu akan heret SPRM ke mahkamah – Faizal
- Dakwaan sokongan kepada Shahrizat hanya sekadar pecah belah Wanita UMNO
- Ismail Sabri ‘berbunyi’ lagi, pecat KJ adalah isyarat salah pada anak muda
- Lelaki transgender tunjuk zakar depan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan