PH malam jadi manusia, siang jadi ular

PH malam jadi manusia, siang jadi ular

Banyak ahli dan parti politik di negara ini memiliki dua prinsip yang bertentangan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, golongan tersebut ibarat watak utama dalam filem Panca Delima yang dilakonkan Jins Shamsuddin.



Watak Suria Kencana yang dimainkan oleh Jins Samsuddin ketika malam merupakan seorang manusia dan bertukar menjadi ular pada waktu siang.

Watak itu menurut Puad dalam bentuk manusia sudah pun bersifat jahat dan kejahatan tersebut semakin bertambah ketika berubah menjadi ular. Beliau memberi contoh ciri-ciri ‘Suria Kencana’ dalam PKR.

Parti itu berhadap tentangan dan bantahan daripada ahli parti sendiri mengenai keputusan pemilihan PKR yang diadakan tahun ini.

Puad berkata, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta audit forensik mengenai isu syarikat Sapura namun audit forensik terhadap pemilihan parti sendiri tidak mempunyai sebarang tindakan susulan.



Ia sekaligus menimbulkan persoalan terhadap kemenangan Rafizi Ramli terhadap jawatan Timbalan Presiden PKR yang disandang beliau sekarang.

“Anwar sebut 12 kali audit forensik terhadap Sapura bila berdebat dengan Najib di MATIC.

“Terbaru dia tuntut audit forensik terhadap tiga organisasi MIC yang didakwa salah guna dana kerajaan untuk membantu masyarakat India (MAIKA, MITRA dan MIED).

“Soalnya apa jadi audit forensik terhadap pemilihan PKR. Betulkah kemenangan Rafizi “null and void”.



Kenapa takut dedah pada rakyat. Inilah double standard,” tanya Puad. Beliau turut mendakwa Pakatan Harapan, DAP dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mempunyai perwatakan Suria Kencana dalam Panca Delima.

Ketika PH menjadi kerajaan yang dipimpin Dr. Mahathir, kes Lim Guan Eng yang ketika itu merupakan Setiausaha Agung DAP telah digugurkan.

Turut digugurkan kes yang melibatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri DAP berkaitan isu sokongan terhadap Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

“Samalah juga PH, DAP dan Tun M. Kononnya anti rasuah dan menjunjung rule of law. “Kes Lim Guan Eng, Rafizi dan dua ADUN DAP yang dituduh sokong Tamil Ealam digugurkan.



“Lim Guan Eng dilantik jadi Menteri Kewangan ketika dia sedang dibicarakan di mahkamah. Ramai yang terkejut beruk,” kata Puad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu juga mendakwa Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin juga mempunyai sifat watak utama dalam filem Panca Delima.

Puad berkata, Muhyiddin tidak meletakkan jawatan selepas PN tewas dalam Pilihan Raya Negeri Johor. “Samalah Muhyiddin. Dia kata “podalah, Johor kubu kuat UMNO”. “Selepas PRN Johor, dia tak letak jawatan pun Presiden Bersatu. Betul betul “Panca Delima”. Itulah dualisme parti lawan,” katanya. MG

PH malam jadi manusia, siang jadi ular




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)



Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker