Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Ketika dihubungi BH Online, Dr Jezamine tidak menafikannya dan mengesahkan memfailkan permohonan cerai terhadap Harith, bulan lalu.



“Betul, saya sudah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat, tetapi lebih kurang sebulan lalu,” katanya kepada BH Online.

Ketika diminta mengulas punca memfailkan cerai, Dr Jezamine belum bersedia berkongsi mengenai masalah peribadinya.

“Saya tiada komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan,” katanya ringkas.

Mengikut sumber, kes perceraian Dr Jezamine dan Harith bakal disebut di mahkamah, bulan ini.



Sementara itu, Harith, 58, ketika dihubungi untuk mendapatkan pengesahan bagaimanapun memilih tidak mengulas lanjut.

“Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya.

Harith dan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9. BH

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura



M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen



Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker