Perahu karam, mayat ditemui di celah akar pokok

Perahu karam, mayat ditemui di celah akar pokok

Mayat seorang lelaki ditemui di celah akar pokok selepas perahu dinaiki terbalik ketika memukat ikan, di Sungai Lubok Jong, Kampung Serongga, Pasir Mas.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa, Mohd Razi Jaafar, 40, dilaporkan lemas dan mayatnya dijumpai anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, jam 5.30 petang.



Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.20 petang oleh abang mangsa yang dikenali sebagai Aziz.

Beliau dipetik Kosmo berkata, Aziz memaklumkan adiknya lemas selepas perahu dinaiki terbalik di sungai berkenaan.

“Bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mangsa di celah akar pokok berhampiran tebing sungai, kira-kira pukul 5.30 petang.

“Mayat dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat,” katanya. FMT



Perahu karam, mayat ditemui di celah akar pokok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy



Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker