Tutup aurat tak semestinya dijanjikan syurga – Intan Najuwa
Tutup aurat tak semestinya dijanjikan syurga – Intan Najuwa
Berdepan kutukan susulan perkongsian gambar percutian menampakkan bahagian perut selepas pulang mengerjakan umrah, pelakon Intan Najuwa memohon orang ramai tidak membuta tuli menghakimi dirinya.
Mengakui lali dengan kecaman netizen, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid bagaimanapun membidas pandangan umum dengan berkongsi petikan kata-kata bahawa menutup aurat tidak semestinya dijanjikan syurga.
“Kalian hakimi seseorang untuk menjadi alim tetapi kalian tak tahu kehidupan sebenar (peribadi) mereka.
“Jangan anggap mereka dijanjikan jannah disebabkan penampilan yang dilihat di mata (berjanggut, berhijab, berniqab dan cara percakapan).
“Penampilan luaran seseorang tidak semestinya melambangkan mereka dekat atau rapat dengan Allah,” kongsinya menerusi satu entri InstaStory.
Tambah Intan, 27, apabila khalayak mengharapkan seseorang itu berubah ke arah kebaikan, doa harus dipanjatkan buat mereka agar terus berubah menjadi orang yang lebih baik.
“Kalau kalian menghakimi seseorang dengan harapan dia menjadi alim, jangan lupa berdoa buat mereka untuk menjadi orang lebih baik hari demi hari.
“Sama macam apabila kalian cop seseorang itu jahat. Mungkin mereka buat benda jahat dan kita pun bertindak ikut perasaan tetapi jangan lupa masa depan mereka boleh bertukar.
“Insya-Allah, Allah SWT akan bimbing mereka ke jalan yang benar atau kita sendiri akan jadi orang yang diberikan hidayah,” kongsinya.
Terdahulu, pelakon kelahiran Johor Bahru itu menuai kecaman netizen apabila beraksi seksi menampakkan bahagian perutnya ketika bercuti di Dubai dalam Instagram.
Buat kali kedua selepas 2020, perjalanan umrah pada awal Januari 2023, mulanya begitu menginspirasikan netizen dan masing-masing mendoakan pelakon Jesnita menunjukkan perubahan ke menjadi muslimah lebih baik sekembalinya dari Tanah Suci Mekah. K Online
Tutup aurat tak semestinya dijanjikan syurga – Intan Najuwa
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]