Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan

Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan

Papar: Selepas suaminya maut akibat kemalangan di Jalan Kampung Biau, di sini, semalam, isterinya pula dilaporkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa hampir 20 jam di hospital.

Wanita berusia 58 tahun yang terbabit kemalangan sama disahkan meninggal dunia di Hospital Papar pada jam 5 pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Mangsa yang parah di bahagian kepala selepas terbabit kemalangan dihantar ke Hospital Papar.

“Namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Papar, kira-kira jam 5 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamaruddin berkata, dua anak pasangan terbabit yang berusia 20 dan 30 tahun hanya mengalami cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar hospital.



Terdahulu, dalam kemalangan 9 pagi semalam, pemandu berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital manakala isterinya parah.

Dua anaknya hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di hospital yang sama.

Dalam kejadian itu, semua keempat-empat mangsa yang menaiki pacuan empat roda jenis Isuzu Invader bergerak dari arah Papar.

Setiba di lokasi kejadian, sebuah lori yang bergerak dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke lorong mangsa.



Kedua-dua kenderaan berkenaan dilaporkan bertembung sesama sendiri sebelum terbabas ke bahu jalan. HM

Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi



Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker