Jika Gatal Dan Berbau, Miss V Anda Tidak Normal…Disini Ada 5 Cara Menghindarinya

Jika Gatal Dan Berbau, Miss V Anda Tidak Normal…Disini Ada 5 Cara Menghindarinya

SETIAP wanita mengeluarkan bau vagina khas dan berbeza kerana adanya mikroflora atau bakteria baik yang berfungsi menjaga keasidan pada kawasan intim.

Jangan ambil mudah jika vagina anda berbau kurang enak kerana ia mungkin tanda kesihatan anda terjejas. Jika ‘Miss V’ anda berbau kemungkinan terdapat jangkitan bakteria, kulat atau penyakit seksual yang perlu dirawat.

Rajin membersihkan vagina

Menurut Healthline, cara mengatasi masalah vagina berbau kurang enak adalah dengan memastikan kawasan kewanitaan sentiasa bersih.



Wanita perlu membersihkan vagina dan kawasan sekitarnya dengan tepat dan perlu dijadikan rutin harian.

Basuh dengan air mengalir sampai ke kawasan bibir vagina. Tidak perlu menggunakan sabun atau pencuci khas.

Jauhkan juga dari penggunaan loofah atau alat untuk membersihkan daki dan kotoran di kawasan vagina.

Menggosok kawasan vagina dengan kuat boleh menyebabkan luka dan terjadinya jangkitan yang lebih teruk.

Hindari daripada pewangi untuk vagina

Walaupun vagina mengeluarkan bau yang kurang enak, jangan menyapu pewangi ke kawasan intim. Pewangi dan produk pembasmi kimia dapat mengganggu keseimbangan flora di vagina.



Apabila keseimbangan flora di vagina terganggu, bakteria jahat boleh membiak dan mencetuskan jangkitan.

Guna seluar dalam kapas

Menggunakan seluar dalam jenis satin, sutera dan polister dapat membuatkan vagina anda semakin lembab.

Kawasan vagina yang lembab boleh menjadi kawasan subur bagi bakteria dan kulat untuk membiak dengan banyak.

Oleh itu, gunakan seluar dalam jenis kapas. Bahan ini membuatkan kulit anda bebas bernafas dan mencegah kawasan tertutup menjadi lembab.
Jaga keseimbangan kadar keasidan semulajadi

Cara menghilangkan bau vagina yang lain adalah dengan memulihkan kadar keasidan (pH) semula jadi.



Ada beberapa produk peneutrulan kadar keasidan yang dijual di farmasi atau kedai ubat.

Gunakan ubat doktor

Jika sudah mencuba kesemua cara di atas tapi belum membuahkan hasil, segera berkonsultasi dengan doktor.

Doktor biasanya akan memberikan ubat yang sesuai dengan asas masalah vagina berbau.

Untuk jangkitan bakteria, doktor biasanya memberikan ubat antibiotik, manakala untuk jangkitan kulat pula, doktor akan menasihatkan pengambilan ubat anti kulat.

Jangkitan vagina yang tidak boleh diubati biasanya mengganggu kesihatan reproduksi wanita.

Berjumpalah dengan doktor jika vagina mengeluarkan bau yang kurang enak termasuk gejala gatal atau panas, sakit, pedih ketika sedang melakukan hubungan seks, keputihan pekat, berwarna kuning gelap atau ada pendarahan sewaktu tidak haid.

Jika Gatal Dan Berbau, Miss V Anda Tidak Normal…Disini Ada 5 Cara Menghindarinya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker