Kanak-kanak lelaki ditemukan maut terjatuh dari tingkat 11



PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh di Pangsapuri Intan A, Taman Puchong Intan, dekat sini, semalam.

Kejadian 6.50 petang itu menyebabkan mangsa berusia tujuh tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.55 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi.

Katanya, mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat 11 dan mayatnya ditemukan di tingkat dua pangsapuri berkenaan.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong kemudian membantu menurunkan mangsa dari lokasi berkenaan.




“Pemeriksaan lanjut mendapati kanak-kanak terbabit sudah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Menurut kenyataan itu, kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung



Leave a Reply

Your email address will not be published.