‘Tunggu Saya Jawab’ – Ahmad Zahid

‘Tunggu Saya Jawab’ – Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan memberi sebarang komen berhubung keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu yang menggantung serta memecat beberapa ahli pemimpinnya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan menjawab mengenai isu tersebut dalam suatu majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Tunggu saya akan jawab. Saya akan jawab dalam satu majlis nanti,” katanya ketika ditanya pemberita selepas program Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023 di Dataran Merdeka pada Sabtu.

Program tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada Jumaat, Mesyuarat MKT UMNO memutuskan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada parti.

Selain Khairy, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun. AA

‘Tunggu Saya Jawab’ – Ahmad Zahid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker