Cadangan rogol isteri dan layan suami macam pelacur menyimpang dari Islam

 

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Seorang wanita didakwa menyebarkan fahaman menyimpang daripada syarak berkaitan perhubungan suami isteri serta menggunakan platform kumpulan Telegram untuk menyebarkan dakyah berkenaan.

Difahamkan, wanita itu menggunakan platform Telegram sebagai medium utama penyebaran fahaman berkenaan dan ia disedari sejak beberapa minggu lalu.

Antara dakyah yang dipromosikan oleh wanita itu adalah menyuruh suami merogol isteri serta melayani suami umpama pelacur.



Selain itu, terdapat kiriman di dalam kumpulan Telegram berkenaan yang menyuruh suami untuk menyakiti isteri mereka bagi yang enggan melayani ‘hajat’ si suami

Dakyah terbabit menggunakan agama kononnya menyuruh si isteri melayani hajat suami tidak mengira masa dan keadaan.

Wanita itu juga mempunyai kumpulan di platform Telegram yang mempunyai mengikut lebih 24,000 dan difahamkan terdapat satu lagi kumpulan di platform sama namun bagi individu berminat perlu membayar suatu harga ‘keahlian’ untuk diterima masuk.

Pentadbir kumpulan berkenaan banyak berkongsi tentang tips hubungan suami isteri namun dalam perspektif yang lebih ekstrem.



Ia termasuk membenarkan si suami merogol isteri mereka bagi yang enggan bersama malah menggalakkan suami untuk menyakiti isteri kononnya sebagai bentuk pengajaran kepada yang enggan menuruti kehendak suami.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin berkata, kumpulan berkenaan jelas menggunakan topeng Islam kononnya mahu mengajar wanita menjadi isteri terbaik namun dalam kerangka kefahaman yang salah.

“Ini adalah bentuk penderaan fizikal serta seksual kepada isteri atas nama ketaatan sedangkan ia sangat jauh menyimpang daripada maksud sebenar yang sudah digariskan di dalam Islam.

“Saya sangat mengharapkan pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) melaksanakan siasatan dengan segera termasuk memanggil wanita serta pentadbir kumpulan berkenaan.



“Difahamkan juga wanita yang menyebarkan dakyah itu melakukan video siaran langsung di media sosial (Facebook) dan kefahaman ekstrem ini perlu dibendung di peringkat awal,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Zamihan berkata, kefahaman wanita ini jelas terlalu menyimpang dan berdasarkan pemerhatian dalam kumpulan berkenaan, banyak kefahaman yang tidak mencerminkan hakikat sebenar.

Pada masa sama, pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya atau lebih dikenali sebagai PU Syed turut menggesa pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan segera terhadap kumpulan ini.

Beliau berkata, asas ajaran yang diberikan kepada pengikutnya adalah lebih cenderung kepada penderaan seksual serta fizikal kepada isteri dengan menjual nama ketaatan.



“Kumpulan ini juga membuat dorongan iaitu boleh memukul isteri jika tidak mahu melayani suami dan ini sudah menyimpang daripada agama,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat pertemuan bersama pihak berkaitan termasuk meminta agensi itu untuk membimbing serta memberi nasihat.

“Saya sudah mengarahkan Jakim untuk membuat laporan kepada pihak SKMM berkaitan kandungan yang terkandung dalam media sosial untuk diambil tindakan lanjut.



“Ada perkara yang tidak perlu kita bincang secara terbuka termasuklah dalam bab hubungan intim suami isteri.

“Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah, ini bukan akhlak Islam,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker