Pemimpin PKR mahu PH putus kerjasama dengan MUDA

Pakatan Harapan (PH) wajar membatalkan kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sekiranya parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu sedia bertembung di mana-mana kerusi yang ditandingi pakatan pembangkang.

Naib Ketua Pemuda PKR Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman, berkata apabila Muda bersetuju untuk menerima tawaran enam kerusi daripada PH bermaksud telah bersedia untuk bekerjasama dengan PH sebagai sebuah blok.

“Untuk rekod PKR juga telah menawarkan tiga kerusi kepada Muda namun Muda kelihatan tidak berminat untuk menerima tawaran tersebut.



“Muda tidak wajar untuk meletakkan calon di kerusi yang ditandingi rakan komponen PH kerana tindakan itu hanya akan memberikan kemenangan kepada pihak lawan.

“Sekiranya Muda masih berhasrat untuk bertembung, maka jelaslah kehadiran Muda hanyalah sebagai ejen perpecahan dan wajarlah PH menarik semula kerusi yang telah diberikan,” katanya yang juga adalah bekas naib ketua Pemuda PKR pusat dalam satu kenyataan, hari ini.

Pertembungan Muda dengan PKR tidak dapat dielakkan apabila parti itu mengesahkan akan menyertai persaingan merebut kerusi DUN Larkin yang sebelum ini sudah disahkan ditandingi PKR.

Ketua Penerangan Muda Johor Rasid Abu Bakar akan menjadi pertaruhan parti itu untuk kerusi tersebut. PKR pula menamakan Zamil Najwah Arbain sebagai calon mereka.



Syed Saddiq yang juga Presiden Muda semasa mengumumkan nama Rasid berkata, segala usaha bagi mengelakkan pertembungan di Larkin sudah dibuat namun gagal.

Katanya Muda mengadakan rundingan beberapa pusingan dengan parti lain dan bersama DAP serta Amanah, mereka berjaya mengelakkan pertembungan sesama pembangkang

Sementara itu Syed Badli juga meminta Muda supaya rasional dalam membuat pertimbangan.

Katanya, kegagalan membuat pertimbangan yang rasional hanya akan merugikan.



“Justeru saya ingin menasihati Muda untuk lebih rasional dalam membuat pertimbangan politik kerana setiap langkah bagi mendepani pilihan raya akan mengundang padah di kemudian hari,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker