Buaya teman wanita cuci pinggan

Buaya teman wanita cuci pinggan

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mencuci pinggan sambil ‘ditemani’ seekor buaya yang berlegar di bawah sebuah rumah air, lapor laman berita iNews hari ini.

Video itu dipercayai dirakam di Kepulauan Anambas, wilayah Riau.



Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat tekun mencuci pinggan di bahagian belakang sebuah rumah yang didirikan di atas air.

Air jernih jelas memaparkan seekor buaya sedang berenang dan berlegar-legar di sekitar rumah tersebut.

Sesekali, wanita berkenaan melempar sesuatu ke arahnya dan disambar oleh reptilia itu.

Menurut keterangan video tersebut, meskipun kelihatan berbahaya, situasi seperti itu biasa dilihat di lokasi berkenaan.



“Ini pemandangan biasa di Anambas. Meskipun aksi ini berbahaya, namun penduduk sudah berdamai dengan alam. Bagaimanapun, penduduk tetap berhati-hati ketika melakukan aktiviti berhampiran air,” kata kenyataan tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Tetap perlu berhati-hati kerana naluri haiwan sukar dijangka. Ia boleh menyerang bila-bila masa sahaja,” kata seorang netizen.

“Wanita itu sudah biasa berhadapan dengan ‘buaya darat’ yang lebih menakutkan. Jadi, dia sudah tidak berasa takut dengan buaya air,” kata pengguna lain. K Online



Buaya teman wanita cuci pinggan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla



Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)



Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker