Saintis beri amaran bahaya asteroid Itokawa

Saintis beri amaran bahaya asteroid Itokawa

CANBERRA – Pakar-pakar memberi amaran mengenai sebuah asteroid bersaiz besar yang boleh menceroboh pertahanan Bumi sekiranya bergerak terlalu hampir dengan planet ini, lapor akhbar The Sun semalam.

Asteroid dikenali sebagai Itokawa itu memiliki ketinggian lebih 535 meter dan bersaiz menyamai usianya.

Pakar-pakar menganggarkan bahawa impak yang menyebabkan terhasilnya Itokawa berlaku lebih 4.2 bilion tahun lalu, iaitu hampir menyamai usia sistem suria Bumi.

Menurut pakar Universiti Curtin di Perth, Profesor Fred Jourdan dan Profesor Madya Nick Timms, asteroid tersebut sukar untuk dimusnahkan berbanding dengan jasad kosmik lain.

“Asteroid merupakan ketulan serpihan berbatu di angkasa lepas yang merupakan sisa masa lalu yang lebih ganas dalam sistem suria kita.

“Terdapat dua jenis asteroid, iaitu jenis monolitik bersaiz kira-kira 1 kilometer (km) dalam diameter serta mempunyai jangka hayat yang diramal hanya beberapa ratus juta tahun,” kata dua saintis tersebut.

Tambah mereka, satu lagi jenis asteroid adalah asteroid longgokan runtuhan seperti Itokawa, yang terdiri daripada batuan serpihan mampat dan akan menjadi lebih kuat dengan setiap hentaman.

“Pelanggaran berterusan hanya akan menghancurkan jurang antara batu dan bukannya memusnahkan batuan itu.

“Sekali ia terbentuk, amat sukar untuk memusnahkannya,” tulis Jourdan dan Timms dalam satu laporan diterbitkan laman berita The Conversation.

Bagaimanapun, Agensi Angkasa Lepas Eropah berkata, Itokawa berada sekitar 42 juta km dari Bumi, yang merupakan satu berita baik buat umat manusia. K Online

Saintis beri amaran bahaya asteroid Itokawa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker