Lelaki mati selepas bergaduh dengan warga asing

Lelaki mati selepas bergaduh dengan warga asing

BATU PAHAT: Polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun selepas disyaki membunuh seorang lelaki warga tempatan di hadapan premis perniagaan di Jalan Penjaja, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata terdapat kesan kecederaan pada kepala mangsa yang berusia 50-an akibat bergaduh dengan suspek.



Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8 malam tadi, memaklumkan seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan daripada Hospital Sultanah Nora Ismail yang hadir sejurus kejadian.

“Pekerja ladang yang cuba melarikan diri dari tempat kejadian telah ditangkap oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bangunan berhampiran, sebelum menyerahkan suspek kepada polis,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan berhampiran dan rakaman video yang dibuat oleh saksi awam yang kebetulan berada di tempat kejadian, menunjukkan ada berlaku pergaduhan di antara mangsa yang tidak bekerja dan suspek sebelum mangsa ditemui mati.



“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya sambil menambah punca pergaduhan masih dalam siasatan.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari hingga 31 Januari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. BH

Lelaki mati selepas bergaduh dengan warga asing

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]



Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker