BN sememangnya ada kelebihan bentuk kerajaan selepas PRU-15

SHAH ALAM – Pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat susulan pembubaran Parlimen pada Isnin memberi kelebihan kepada UMNO dan BN untuk kembali membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, perkembangan terbaharu itu dilihat memberi cabaran besar kepada blok pembangkang termasuk Perikatan Nasional (PN) yang ketika ini dilihat masih belum bersedia untuk menghadapi PRU15 pada tahun ini.

Katanya, ketidaksediaan itu bukan sahaja membabitkan isu pembahagian kerusi malah turut meliputi penyelesaian konflik antara parti gabungan dan pembinaan naratif baharu bagi meyakinkan pengundi.

“Saya melihat bahawa BN melakukan perkara yang sama mereka lakukan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor di mana pembubaran (Dewan Undangan Negeri) dilakukan dalam kerangka yang disusun mereka.

“Jadi bagi saya BN ada sedikit kelebihan berbanding parti lain dalam merencana persiapan PRU dari segi jentera dan naratif. Itu memberi tamparan hebat kepada pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Hisomuddin berkata, dengan senario peratusan keluar mengundi rendah yang berlaku dalam dua PRN terakhir sebelum ini, peluang pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) untuk bersaing di 71 kerusi kawasan pengundi majoriti Melayu di Semenanjung yang merupakan kubu kuat UMNO juga bakal terjejas.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat jangkaan terhadap kadar peratusan pengundi pada PRU15 memandangkan ia berkait rapat dengan emosi pengundi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -Foto Bernama
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -Foto Bernama

 

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, perpecahan dalam blok pembangkang ketika ini sememangnya menjadi kelebihan kepada BN untuk masuk ke dalam PRU15 dengan lebih yakin.

Ujarnya, PRU15 dalam masa terdekat juga dilihat mampu menghalang pembangkang mendapatkan momentum terbaik untuk menggunakan naratif salah guna kuasa membabitkan pimpinan daripada BN bagi meraih sokongan pengundi.

“Jadi mahu tidak mahu mereka (BN) nak menyegerakan PRU ini dengan harapan inilah kelebihan terakhir yang mereka peroleh,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, pelaksanaan PRU15 yang dijangka diadakan sebelum pertengahan November iaitu sebelum negara memasuki musim tengkujuh juga dilihat bakal menangkis dakwaan bahawa BN mahu mengadakan pilihan raya ketika musim banjir.

Dalam pada itu, Awang Azman berkata, masih terlalu awal untuk menjangkakan BN mempunyai keupayaan untuk menubuhkan kerajaan yang kukuh secara bersendiri.

“BN yakin sekurang-kurangnya mereka boleh menang 80 kerusi dan untuk membentuk kerajaan, saya kira parti yang nampak boleh dijadikan rakan mereka ialah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kalau GPS, saya kira mereka boleh memang sekurang-kurangnya 23 hingga 24 kerusi dalam PRU15,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker