2,000 terputus hubungan darat, khuatir makanan habis

2,000 terputus hubungan darat, khuatir makanan habis

KLUANG: Lebih 2,000 penduduk dari 14 ladang dan enam perkampungan Orang Asli sekitar Kahang terputus hubungan darat akibat banjir di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sehubungan dengan itu pihaknya akan berusaha memberi bantuan makanan termasuk menggunakan helikopter ke kawasan terjejas jika keadaan memerlukan.

“Ada satu berita tular satu ladang terputus hubungan (Ladang Selai) dan kita sahkan.

“Ada 14 ladang di Kluang yang terputus hubungan menuju Kampung Peta yang terputus hubungan darat akibat banjir namun masih boleh berhubung melalui telefon.

“Kenderaan tak boleh melaluinya kecuali menggunakan bot yang memakan masa dua jam dan ketua polis daerah dan Pejabat Daerah akan berusaha membawa bekalan ke sana.

“Cuma sekarang keadaan hujan dan cuaca gelap, kita akan cari jalan terbaik untuk meminta bantuan helikopter sama ada pihak polis, ATM atau bomba sendiri untuk membawa bekalan ke sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika melawat Balai Polis Kahang di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya terdapat 12,400 pegawai dan anggota unit penyelamat pelbagai jabatan di negeri ini dengan 8,000 daripadanya diletakkan dalam keadaan bersedia bagi menangani bencana di negeri ini.

“Unit penyelamat itu merangkumi polis, bomba, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukam Gerakan Am (PGA) , Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan sebagainya.

“Sebanyak 200 kenderaan digunakan termasuk bot, kenderaan pacuan empat roda dan sebagainya untuk tugas menyelamat,” katanya.

Beliau mengingatkan supaya orang ramai tidak cuba meredah banjir kerana arus deras dan membahayakan.

“Apabila dilalui kenderaan akan hanyut dibawa arus sekali gus membahayakan nyawa,” katanya.

Terdahulu media melaporkan kira-kira 300 pekerja Ladang Selai, Kahang merayu bantuan berikutan mereka terputus hubungan selepas laluan masuk ke kawasan itu dinaiki air setinggi lebih satu meter.

Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata penduduk bimbang sekiranya hujan lebat berterusan, mereka akan kehabisan stok makanan yang dijangka bertahan dua hari lagi. BH

2,000 terputus hubungan darat, khuatir makanan habis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker