6 resepi kuih popular Sarawak

6 resepi kuih popular Sarawak

Selain kek lapis, Sarawak juga terkenal dengan pelbagai jenis kuih-muih, yang diusahakan oleh orang Melayu dan kaum etnik peribumi di Bumi Kenyalang. Misalnya kuih celorot, kuih ini adalah makanan tradisi masyarakat Melanau. Bagi mereka yang bercuti ke Sarawak, pasti akan mencubanya. Kuih-muih ini mungkin sedikit berbeza dari kuih di Semenanjung, unik tetapi sedap.


BEBOLA UBI KAYU

BAHAN A
500 gm ubi kayu
100 gm kelapa parut
80 gm gula
30 gm tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN B
200 gm tepung beras
50 gm tepung gandum
350 ml air
Sedikit serbuk kunyit
Secubit garam

CARA PENYEDIAAN :
1.Ubi kayu dibuang kulit dan direbus sehingga empuk.
2.Setelah ubi empuk, masukkan ke dalam pengisar.
3.Diikuti dengan kelapa parut,gula dan tepung gandum.Kisar sehingga sebati.
4.Bentuk ubi kayu menjadi bebola kecil.Ketepikan.
5.Satukan ke semua bahan B, gaulkan adunan tepung sehingga sebati.
6.Celup bebola ubi kayu ke dalam adunan tepung hingga rata.
7.Panaskan minyak, goreng bebola ubi kayu sehingga kekuningan.


APAM KACANG MERAH

BAHAN
400 gm tepung gandum
700 ml santan
200 gm mentega
200 gm kacang merah
150 gm gula
10 biji putih telur
2 sudu besar perasa pandan

CARA PENYEDIAAN :
1.Pukul mentega,gula sehingga gebu dan kembang.
2.Masukkan telur satu persatu dan tepung gandum.
3.Diikuti dengan santan dan perasa pandan.Kacau sebati.
4.Kemudian masukkan kacang merah.
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
6.Bakar adunan selama 180°C selama 1 jam.


TALAM PISANG SARAWAK

BAHAN
400 gm pisang embun
120 gm tepung beras
90 gm tepung ubi
160 gm gula
400 ml santan
100 ml air
Secubit garam
2 sudu besar minyak masak

CARA PENYEDIAAN :
1.Lenyek atau kisar pisang embun sehingga halus.Ketepikan.
2.Di dalam pengisar, masukkan santan, garam dan air, kisar sebati.g beras dan tepung ubi.
3.Kemudian masukkan tepung beras dan tepung ubi, kisar sehingga adunan sebati.
4.Tuangkan adunan tepung ke dalam bekas dan masukkan pisang. Kacau rata.
5.Sapukan loyang dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan di dalam loyang.
5.Kukus selama 45 minit.


TIBODUK

BAHAN
300 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
100 gm kelapa parut
250 gm gula kabung – cairkan
50 ml air
Beberapa helai daun pisang

CARA PENYEDIAAN:
1.Kisar tepung beras dan tepung gandum dengan sedikit air.Kacau sehingga sebati.
2.Masukkan kelapa parut dan gula kabung, gaulkan sebati.
3.Ambil daun pisang dan layurkan sedikit.
4.Letakkan satu sudu adunan tepung di tengah-tengah.
5.Balut kemas mengikut kreativiti anda.
6.Kukus selama 25 minit.


LEPAT PISANG TANDUK

BAHAN
6 biji pisang tanduk
100 gm tepung gandum
100 gm gula
150 gm kelapa parut
Secubit garam
Beberapa helai daun pisang
10 helai daun pandan

CARA PENYEDIAAN:
1.Lenyek pisang tanduk sehingga sebati.
2.Masukkan gula, tepung gandum, garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
3.Ambil sehelai daun pisang,letakkan satu helai daun pandan di tengah-tengah.
4.Letakkan satu sudu adunan pisang di tengah-tengahnya.
5.Balut kemas daun pisang,lakukan sehingga habis.
6.Kukus selama 25 minit.


CELOROT

BAHAN :
500 gm tepung beras
250 gm gula kabung
50 gm gula pasir
350 ml santan
Beberapa helai daun nipah

CARA PENYEDIAAN:
1.Daun nipah dijadikan kelongsong. Ketepikan.
1.Cairkan gula kabung dan gula pasir. Ketepikan.
2.Satukan tepung beras, gula kabung dan santan. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
3.Tapis adunan agar tidak bergentel.
4.Tuangkan adunan tepung ke dalam kelongsong daun nipah.
4.Kukus selama 15 minit.
Utv

6 resepi kuih popular Sarawak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker