Tohmahan Lokman Adam: Pegawai Perdana Menteri lapor polis

PUTRAJAYA: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, sepatutnya dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO, kerana membuat tuduhan liar dan tidak berasas terhadap Naib Presiden parti itu.

 

Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata Lokman semalam memuat naik di media sosial, dakwaan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada membuat perjanjian dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) untuk tidak menggantikan Peguam Negara serta mempercepatkan kes terhadap Penasihat UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



 

Beliau berkata, Lokman kemudian menyarankan supaya Ismail Sabri dikenakan tindakan oleh UMNO, susulan apa yang didakwanya sebagai campur tangan Perdana Menteri dalam institusi kehakiman dan Jabatan Peguam Negara.

 

“Sebaliknya, kita berpendapat Lokman yang sepatutnya dihadapkan kepada Lembaga Disiplin UMNO kerana membuat tuduhan yang amat liar, tidak berasas sama sekali terhadap Ismail sabri yang juga Naib Presiden UMNO yang diperakui parti adalah ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.



 

Beliau memberitahu kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7, di sini, tengah hari tadi.

 

Berikutan itu, Kamarul Zaman berkata, susulan pelbagai tohmahan yang dilemparkan itu, beliau diarahkan Perdana Menteri untuk membuat laporan polis terhadap Lokman.



 

Selain itu, katanya, Ismail Sabri turut mengarahkan untuk penerangan dibuat bagi menjelaskan perkara yang sebenarnya.

 

Ditanya adakah pihaknya akan terus membuat laporan polis selepas ini jika Lokman masih berterusan memuat naik kenyataan yang sedemikian,



 

Kamarul Zaman berkata, pihaknya bersedia berbuat demikian.

 

Katanya, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan terhadap Lokman selain meminta rakyat mendapatkan berita daripada sumber yang sahih.



 

“Jika betul ada perjanjian sebegitu, mana buktinya? Mana boleh cakap kosong sebegitu,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis berkenaan namun belum menetapkan peruntukan yang akan digunakan untuk menyiasat kes itu.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker