‘ASP Razlan’ mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
‘ASP Razlan’ mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
Seorang pelakon terkenal mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan semula mata pelajaran tata rakyat seperti yang pernah dilakukan di semua sekolah di Malaysia suatu ketika dulu.
Zulkifli Ismail yang popular menerusi watak ASP Razlan dalam siri Gerak Khas itu berkata, cadangannya tersebut dibuat bertujuan untuk melahirkan warganegara yang lebih sopan dan bertatasusila.
“Saya cadangkan supaya mata pelajaran tata rakyat diajarkan semula di semua sekolah di seluruh negara termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah swasta dan lain-lain.
“Untuk melahirkan warga yang lebih bersopan-santun dan bertatasusila,” kata dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Dalam hantaran itu Zulkifli turut menunjukkan sebuah buku lama subjek tata rakyat yang pernah diterbitkan di negara ini.
Buku yang dikongsikan itu bertajuk Tatara’yat ada-lah kera’ayatan yang baik ditulis bersama oleh C Michael dan T Daniel untuk kegunaan pelajar tingkatan satu.
Ia diterjemah oleh C Campbell dan Pustaka Bersatu yang beralamat di Lebuh Carnarvon, George Town di Pulau Pinang menjadi penerbitnya.
Untuk rekod mata pelajaran tata rakyat sebelum ini diajar di sekolah-sekolah di Malaysia sekitar 1970-an atau 1980-an.
Subjek itu kemudiannya diperkenalkan semula sebagai subjek sivik yang mengetengahkan ilmu kenegaraan, sejarah ringkas, adab, budaya silang bangsa dan penekanan terhadap prinsip Rukun Negara. Mk
‘ASP Razlan’ mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mamat enggan cari gaduh dengan Jep
Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’