Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
IPOH: Seorang wanita kini hidup tertekan apabila bekas kekasihnya sering kali mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya jika tidak menyerahkan wang yang diminta.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, susulan laporan diterima daripada wanita berusia 20-an itu di sini, polis kini sedang giat mengesan suspek.
Katanya, ugutan secara bersiri itu dibuat membabitkan nilai keseluruhan RM2,000.
“Sekarang ia masih dalam siasatan di mana subjek (suspek) sedang kita kesan yang mana dia dipercayai berada di luar dari Ipoh, sebelum sebarang tindakan diambil.
“Ugutan itu diterima mangsa secara bersiri. Umpamanya hari ini dia (suspek) meminta RM50, dan esok mungkin diminta pada jumlah lain. Jadi kita syak suspek ini juga mungkin terbabit dengan perkara lain yang melanggar undang-udang,” katanya pada sidang media kejayaan operasi menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.
Azizi justeru mengambil kesempatan untuk menasihatkan masyarakat di luar sana tidak terlalu mempercayai pasangan atau kekasih sendiri sehingga sanggup mendedahkan bahagian anggota tubuh badan yang kemudiannya dapat dijadikan senjata bagi memenuhi keinginan peribadi.
“Kepada yang ada teman lelaki atau teman wanita, nasihat saya jangan sesekali mendedahkan apa-apa bahagian tubuh badan yang kemudiannya boleh dijadikan ‘senjata’ khususnya bila mereka sudah bergaduh, dengan mendedahkan perkara tidak sepatutnya.
“Tentu saja dia (suspek kes) ini difahamkan mengugut teman wanitanya untuk mendapatkan wang, dan bila wang tidak dapat maka dia mengugut untuk menyebarkan gambar-gambar yang seksi-seksi itu,” katanya.
Sementara itu, Azizi berkata, pihaknya melihat ‘trend’ bagi kebanyakan jenayah yang berlaku di Perak lazimnya dilakukan oleh suspek terhadap mangsa yang mereka kenali.
Katanya, justeru kesedaran itu mahu diterapkan oleh pihaknya menerusi kerjasama dengan agensi lain termasuk institusi masjid dan sebagainya.
“Kita lihat sekarang ini di Perak kebanyakan jenayah membabitkan ugutan, seksual, dan kekerasan selalunya dilakukan oleh kalangan mereka yang kenal (dikenali oleh mangsa).
“Ada yang membabitkan keluarga termasuk saudara mara di kampung seperti ibu dan bapa saudara. Jadi kesedaran inilah yang polis bersama dengan agensi lain sedang usahakan seperti dengan membuat penerangan di masjid dan sekolah untuk mengingatkan supaya cakna walaupun terhadap orang yang paling rapat,” katanya. BH
Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jep tak puas hati, ini respons Mamat
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]
Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’