Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang

Remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan selepas dikesan menyamar sebagai pegawai perubatan Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang) di sini, hari ini.

Dia ditahan selepas pihak hospital membuat laporan mengenai seorang remaja perempuan yang mengaku dirinya sebagai pegawai perubatan dan menawarkan diri untuk membantu menjalankan satu pembedahan, tengah hari semalam (7 Ogos).

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof, berkata pihak hospital kemudiannya telah mengesan kehadiran suspek hari ini sebelum memaklumkan segera kepada polis.



“Individu sama telah cuba mendaftarkan diri di kaunter dengan menggunakan identiti palsu dan dikesan oleh pihak hospital yang segera memaklumkan kepada polis sebelum tangkapan dilakukan.

“Suspek telah ditangkap di lobi hospital dan pihak polis merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital berkenaan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.

“Jika disabit dengan kesalahan menceroboh suspek boleh dihukum penjara selama tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan jika disabit kesalahan menyamar penjawat awam, suspek boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.



Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan berita tidak benar berkenaan kejadian ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat



Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker